awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Kim Swee kemudi Sabah FC

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/09/2021
15:49 MYT
Ong Kim Swee kemudi Sabah FC
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kehadiran Ong Kim Swee ialah bagi mengangkat sukan bola sepak di Sabah ke tahap yang positif. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Kehadiran bekas jurulatih skuad kebangsaan B23 negara, Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih baharu mencerminkan langkah serius memperbaiki Sabah FC.
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia bagi mengangkat sukan bola sepak di Sabah ke tahap yang positif.
Tambahnya, SAFA, sebagai badan induk bola sepak di Sabah, sangat mengalu-alukan usaha yang diambil kelab tersebut.
"Kita yakin kehadiran Kim Swee mampu untuk membentuk satu pasukan yang setanding dengan pasukan-pasukan lain di negara ini," katanya.
Menurut Bung Moktar, sebagai badan induk bola sepak di Sabah, SAFA bertanggungjawab untuk memantau prestasi Sabah FC agar ia tidak tersasar dari matlamat untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini.
"Peminat bola sepak mengharapkan Sabah FC sentiasa menujukkan pencapaian yang baik dan pada masa yang sama, SAFA juga sejak dari awal penubuhan kelab profesional ini mahu ia terus cemerlang dalam sukan ini," katanya lagi.
Beliau yakin bahawa Sabah FC mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Sabah seperti yang pernah dikecapi sebelum ini.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima peletakan jawatan Kim Swee sebagai Pengarah Teknikalnya semalam dan akan memulakan tugas baharu sebagai ketua jurulatih Sabah FC, berkuatkuasa 1 Oktober ini.
BACA: Kim Swee letak jawatan Pengarah Teknikal FAM
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kim Swee atas khidmatnya bersama FAM dan berharap dia berjaya dengan karier baharu dengan Sabah FC.
Kim Swee juga mengadakan perjumpaan dengan Bung Moktar di Kuala Lumpur hari ini susulan penerimaan tugas baharunya dengan Sabah FC.
Minggu lepas, pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir mengumumkan keputusan kelab itu untuk merehatkan ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berikutan prestasi merudum pasukan dalam saingan Liga Super.
Penolong jurulatih, Burhan Ajui telah dilantik sebagai pengendali sementara pasukan selain melantik jurulatih, Jelius Ating sebagai penolong pengurus pasukan.
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#Sabah FC
#Bung Moktar Radin
#bola sepak
#Persatuan Bola Sepak Sabah
#SAFA
#FAM
#ketua jurulatih
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan