JOHOR BAHRU: Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru golongan belia terutama mereka yang dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor 2022 agar turut serta dalam memajukan agenda pembangunan di negeri itu.
Beliau berkata jatuh bangun Johor terletak di bahu anak muda kerana mereka merupakan pewaris kepada kepimpinan negeri itu yang akan tidak mampu berdepan situasi jika barisan pemimpin pelapisnya tidak sehaluan.
"Saya menyeru kepada semua anak muda dan Duta Perpaduan khasnya untuk turun ke akar umbi serta pastikan rakan-rakan anda turut terlibat dalam memajukan agenda pembangunan negeri Johor.
"Bekerjasamalah dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan yang konstruktif demi masa depan belia. Saya akan sentiasa bersama anda semua dalam setiap langkah yang diambil," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Terdahulu, Onn Hafiz meluangkan masa bertemu dengan 200 anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor 2022.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Melalui program ini, saya yakin mereka akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri ini, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Onn Hafiz pada Ahad meluangkan masa bertemu dengan 200 anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor 2022. - Foto Facebook Onn Hafiz
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Onn Hafiz seru Duta Perpaduan Johor turut serta majukan agenda pembangunan negeri
Onn berkata, jatuh bangun Johor terletak di bahu anak muda kerana mereka merupakan pewaris kepada kepimpinan negeri itu.