SHAH ALAM: Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 menerusi Op Gempur Raya setakat semalam.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kompaun berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap 203 premis industri bermula 17 Mac lepas.
Beliau berkata selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 50 notis arahan, lima tindakan penahanan kelengkapan operasi selain membuka tiga kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.
"Operasi ini merupakan usaha berterusan JAS dalam mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan," katanya dalam sidang media Op Gempur Raya 2024 di sebuah kilang di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata antara kesalahan yang dikesan dilakukan adalah pelepasan efluen perindustrian tidak terawat, pelupusan haram buangan berjadual serta melepaskan asap melebihi kadar ditetapkan.
Beliau berkata operasi melibatkan pemeriksaan premis secara bersasar dan besar-besaran itu membabitkan premis yang dikenal pasti mempunyai tahap pematuhan rendah kepada AKAS 1974 atau sektor industri yang berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata premis tumpuan adalah melibatkan industri pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia, berasaskan getah dan plastik serta produk berasaskan petroleum.
Tumpuan juga diberikan kepada premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika sidang media selepas Program Ops Gempur Raya 2024 di Seksyen 15 hari ini. - Foto Bernama
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Op Gempur Raya: 39 kompaun dikeluarkan terhadap kilang seluruh negara
Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.