awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy

Bernama
Bernama
14/09/2024
10:30 MYT
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
Nancy berucap pada Program Komuniti Santuni Madani sempena Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Santubong hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Sejumlah 223 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini merupakan kali pertama kementeriannya mengendalikan kes sedemikian di Malaysia.
"Mereka (kanak-kanak) mungkin ada yang tidak pernah jalani pemeriksaan kesihatan, sebab itu kita gunakan kepakaran menjaga kanak-kanak untuk membantu PDRM menguruskan kanak-kanak kerana mereka (pegawai JKM) sudah terlatih untuk kendali anak autistik, misalnya.
"Prosedur undang-undang masih sama (seperti kes lain) cuma setahu kami, kes seperti ini tidak pernah berlaku... kami tiada maklumat terperinci, jadi perlu beri ruang kepada pihak polis jalankan siasatan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Advokasi Kasih Kanak-kanak di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah pegawai JKM adalah mencukupi dalam memberi pelbagai perkhidmatan termasuk kaunseling kepada kesemua kanak-kanak berusia antara satu dan 17 tahun yang terlibat disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata saringan perubatan mendedahkan 13 daripada kanak-kanak yang diselamatkan disyaki telah diliwat selain 172 mempunyai kesan kecederaan fizikal lama serta membabitkan emosi.
Mengulas lanjut, Nancy berkata pihaknya mengutamakan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak terlibat di bawah jagaan pegawai JKM yang mempunyai kuasa mengikut peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.
"Kita tidak akan nyatakan di mana lokasi sebenar kanak-kanak ini berada. Kita juga sudah dalam proses untuk dapatkan perintah mahkamah supaya hak jagaan diberikan kepada JKM," katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, menteri berkenaan memberi jaminan bahawa kesemua kanak-kanak berada dalam perlindungan dan penjagaan yang sewajarnya agar mereka tenang, selesa dan rasa selamat.
Nancy berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan awal mengenai kes itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan atau operasi PDRM.
"Apa yang boleh saya kongsikan ialah KPWKM melalui JKM telah terlibat dari awal dalam operasi ini. Kanak-kanak yang diselamatkan itu kini berada di tempat selamat, di bawah jagaan JKM dan pengawasan PDRM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Global
#Nancy Shukri
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan