awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op HUU: 6,510 saman dikeluarkan PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2023
02:00 MYT
Op HUU: 6,510 saman dikeluarkan PDRM
PDRM mengeluarkan 6,510 saman kepada pesalah lalu lintas semasa Operasi Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 6,510 saman kepada pesalah lalu lintas semasa Operasi Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan melakukan halangan lalu lintas masih mencatat jumlah kesalahan paling banyak iaitu 5,190 saman dan diikuti dengan lain-lain kesalahan (1,005 saman).
Beliau berkata, sebanyak 157 saman dikeluarkan kepada warga tempatan yang tidak mempunyai lesen memandu, sementara lapan saman ke atas warga asing bagi kesalahan sama.
"Sebanyak 35 saman dikenakan ke atas kenderaan yang diletakkan di laluan pejalan kaki atau garisan putih," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, sebanyak 38 saman dikeluarkan pihak polis melibatkan kegagalan pemandu mematuhi lampu isyarat merah.
Selain itu menurutnya, saman juga dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran kabur atau fancy sebanyak 77 saman dan berhenti di petak kuning.
Ujarnya, tiada saman dikeluarkan melibatkan kesalahan berhenti di petak kuning.
"Bagi tindakan sitaan, sebanyak 16 buah motosikal dikenakan tindakan tegas tersebut selain polis turut menahan 11 individu dalam operasi semalam," ujarnya.
Menurutnya, sebanyak 22 operasi dilaksanakan pada Khamis termasuk tumpuan kepada kesalahan parkir haram dan Op Perdagangan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Operasi Hormat Undang-Undang
#saman
#pesalah lalu lintas
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan