awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
Pempengaruh didenda RM40,000 buat hantaran video jelik beri sisa makanan kepada gelandangan
Penetapan kadar tambang ECRL akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Kesan 4.0: KPDN Kuala Lumpur keluar 47 notis, lebih 80 premis diperiksa

Bernama
Bernama
18/07/2025
08:00 MYT
Op Kesan 4.0: KPDN Kuala Lumpur keluar 47 notis, lebih 80 premis diperiksa
Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman melakukan pemeriksaan harga barangan di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 47 notis kepada peniaga susulan perlaksanaan penyelarasan harga berikutan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 47 notis dikeluarkan kepada peniaga selepas pemeriksaan ke atas lebih 80 premis susulan kenaikan kadar SST daripada 6% kepada 8%, melibatkan 154 barangan untuk analisis harga.
  • KPDN menggunakan tiga pendekatan utama: kutipan data harian, pemantauan oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH), dan risikan pasaran untuk memastikan tiada pencatutan harga.
  • Individu yang menaikkan harga secara tidak munasabah boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda maksimum RM500,000.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap lebih 80 premis di sekitar ibu negara menerusi pelaksanaan Op Kesan 4.0 sejak 1 Julai lepas.
"Notis itu melibatkan 154 barangan bagi tujuan pengumpulan data dan analisis," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Sepanjang tempoh operasi, pihaknya turut menerima 27 aduan pengguna berkaitan harga barangan termasuk makanan sedia dimakan.
"Bagi aduan yang melibatkan isu harga dan bekalan, siasatan akan dimulakan dalam tempoh 24 jam dan tindakan selanjutnya akan diambil," katanya.
Mohd Sabri berkata pemantauan setakat ini mendapati harga barangan secara keseluruhan masih terkawal meskipun berlaku pelarasan kadar SST.
Bagi memastikan keberkesanan Op Kesan 4.0, KPDN Kuala Lumpur menggerakkan tiga pendekatan utama, iaitu pengumpulan data harga dan caj perkhidmatan secara harian, penggunaan data kutipan harga harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) serta risikan pasaran oleh Bahagian Penguat Kuasa.
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara tidak munasabah dan bertentangan dengan perundangan pencatutan," katanya.
Jika sabit kesalahan pencatutan, individu boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi syarikat boleh didenda maksimum RM500,000.
Op Kesan 4.0 dilaksanakan bagi memantau perubahan harga barangan dan caj perkhidmatan serta memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar, khususnya melibatkan keperluan harian, serta tidak bertentangan AKHAP 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Kuala Lumpur
#keluarkan notis
#SST
#naikkan harga
#Op Kesan 4 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan