awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat perjudian

Bernama
Bernama
31/01/2023
03:30 MYT
Op Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Op Limau dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi mengekang kegiatan perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 904 individu di seluruh negara menerusi Op Limau kerana disyaki terlibat dalam perjudian dengan jumlah rampasan dianggar bernilai RM513,793.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.
Beliau berkata daripada 904 individu ditahan, 650 melibatkan judi dalam bangunan manakala 254 membabitkan kegiatan judi di luar bangunan.
"Op Limau ini dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi mengekang kegiatan perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Noorsiah berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan dalam usaha menangani kegiatan perjudian.
Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkan maklumat melalui hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-577 3477.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#op limau
#Tahun Baharu Cina
#akta rumah judi terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan