awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/01/2026
12:15 MYT
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Kempen VM2026 perlu memberi fokus kepada transformasi pelancongan melalui strategi mampan, pintar dan eksklusif, bukan sekadar angka pelawat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang secara rasmi membuka tirai hari ini bukan sekadar kempen bermusim, tetapi satu agenda transformasi untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi bernilai tinggi dan bukan sekadar mengejar angka pelawat.

Ringkasan AI
  • Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) adalah agenda transformasi untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi bernilai tinggi dengan fokus kepada pengalaman pelancong yang eksklusif dan autentik.
  • Profesor Adjung Universiti Malaysia Kelantan menegaskan perlunya kerajaan dan pemain industri bekerjasama dalam melaksanakan strategi menyeluruh untuk menarik segmen pelancong bernilai tinggi seperti eko-pelancongan dan pelancongan perubatan.
  • Malaysia perlu memberi tumpuan kepada destinasi bertaraf dunia yang diiktiraf UNESCO seperti Langkawi, sambil menawarkan kelebihan dalam kepelbagaian budaya, kemudahan mesra Muslim, dan kos pelancongan yang kompetitif untuk mengekalkan status sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa (MiTDA), Datuk Azlie Halim, menegaskan kerajaan dan pemain industri perlu berganding bahu melaksanakan strategi yang menyeluruh daripada penerbangan terus ke pasaran baharu hingga naratif pengalaman autentik untuk pelancong.
Menurut beliau yang juga Profesor Adjung Universiti Malaysia Kelantan (UMK), VM2026 disandarkan kepada tiga teras utama; mampan, pintar dan eksklusifm dengan fokus terarah kepada menarik segmen bernilai tinggi seperti eko-pelancongan, pelancongan perubatan dan kesejahteraan, serta gastronomi, di samping menggalakkan percutian jangka panjang agar perbelanjaan perkapita meningkat.
“Kita beralih daripada kuantiti kepada kualiti. Kita mahu pelancong sanggup membayar untuk pengalaman yang eksklusif dan autentik.
“Pendekatan ini akan mengubah cara kita melihat pelancongan. Pelancong bukan sekadar datang dan bergambar, tetapi tinggal lebih lama, menyelami budaya, dan berbelanja pada rangkaian tempatan,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau turut menyarankan Malaysia terus memberi tumpuan kepada destinasi bertaraf dunia yang diiktiraf UNESCO seperti Langkawi, bagi memperkayakan pengalaman ekologi dan warisan.
Dalam persaingan sengit dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia, Azlie berkata Malaysia tampil dengan kelebihan tersendiri.
Kepelbagaian budaya, kemudahan mesra Muslim, penguasaan bahasa global, serta kos pelancongan kompetitif, jelasnya lagi, menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelancong antarabangsa.
Jelasnya, pelancong boleh merasai pengalaman seolah-olah melawat seluruh Asia dalam satu negara, sambil menekankan kestabilan politik dan keselamatan negara memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih Malaysia.
Dalam pada itu beliau berkata, momentum VM2026 perlu digerakkan oleh strategi kesalinghubungan seperti laluan penerbangan baharu ke pasaran berpotensi dan pemudah cara visa bagi negara sasaran.
“Pintu masuk yang lebih lancar bermakna pelancong tiba lebih mudah, merancang itinerari lebih panjang, dan berbelanja lebih besar pada penginapan, gastronomi serta aktiviti niche seperti selam skuba, pendakian, bird-watching dan wellness retreat.
“Implikasi ekonominya jelas: apabila pelancong menetap lebih lama, daripada purata empat malam kepada enam atau tujuh malam, nilai tambah mengalir kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS), pengangkutan tempatan, pemandu pelancong bertauliah, dan komuniti kreatif seperti penggiat seni kulinari dan kraftangan,” katanya.
Azlie turut menegaskan, kejayaan VM2026 tidak boleh diukur hanya melalui jumlah pelancong, sebaliknya penanda aras utama ialah pendapatan perkapita, purata tempoh penginapan, kadar pelancong kembali, serta pelaburan baharu dalam sektor pelancongan.
Beliau berkata, VM2026 bukan sekadar kempen, tetapi pelan hala tuju untuk menjadikan pelancongan sebagai enjin ekonomi inklusif dan mampan.
“Dengan strategi yang tepat, Malaysia bukan sahaja menjual tempat, tetapi menjual pengalaman hidup yang bermakna menjadikan negara ini destinasi pilihan premium di Asia Tenggara,” jelasnya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan objektif sebenarnya kempen ini? A: VM2026 adalah satu agenda transformasi untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi bernilai tinggi dengan fokus kepada pengalaman pelancongan eksklusif dan autentik, bukannya semata-mata meningkatkan jumlah pelawat.
  • Q: Apakah tiga teras utama yang disandarkan oleh VM2026? A: Tiga teras utama VM2026 adalah mampan, pintar, dan eksklusif, dengan penekanan kepada segmen bernilai tinggi seperti eko-pelancongan, pelancongan perubatan dan kesejahteraan, serta gastronomi.
  • Q: Mengapakah Malaysia dilihat mempunyai kelebihan berbanding negara-negara serantau seperti Thailand, Vietnam, dan Indonesia dalam industri pelancongan? A: Malaysia dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan kepada kepelbagaian budaya, kemudahan mesra Muslim, penguasaan bahasa global, serta kos pelancongan yang kompetitif, menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa.
  • Q: Apakah strategi penting yang dicadangkan untuk memajukan momentum VM2026? A: Strategi penting yang dicadangkan termasuk memperkenalkan laluan penerbangan baru ke pasaran berpotensi, serta memudahkan proses visa bagi negara-negara sasaran untuk meningkatkan kedatangan pelancong.
  • Q: Bagaimanakah kejayaan VM2026 diukur selain daripada jumlah pelancong? A: Kejayaan VM2026 diukur melalui penanda aras seperti pendapatan per kapita, purata tempoh penginapan, kadar pelancong kembali, serta pelaburan baharu dalam sektor pelancongan, bukan hanya berdasarkan jumlah pelancong yang tiba.

Topic Berkaitan
#VM2026
#PKS
#sektor pelancongan
#Pelan Hala Tuju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan