awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Luxury: JPJ N. Sembilan sita 106 kenderaan mewah bernilai RM21 juta

Bernama
Bernama
24/12/2025
06:31 MYT
Op Luxury: JPJ N. Sembilan sita 106 kenderaan mewah bernilai RM21 juta
Hanif Yusabra (kiri) melihat sebahagian kenderaan mewah yang disita menerusi Op Luxury di Dataran JPJ hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 106 kenderaan mewah, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM21 juta, menerusi pelaksanaan Op Luxury yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Ringkasan AI
  • JPJ Negeri Sembilan menyita 106 kenderaan mewah bernilai RM21 juta melalui Op Luxury, disebabkan pemilik gagal mematuhi peruntukan undang-undang termasuk lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
  • Antara kenderaan yang disita termasuk Mercedes-Benz, Porsche, BMW, Audi, dan Toyota, dimiliki oleh individu berusia 35 hingga 55 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
  • Operasi penguatkuasaan ini juga mengeluarkan 318 notis pelbagai kesalahan, dan JPJ akan meneruskan tindakan penguatkuasaan bagi membendung trend penggunaan kenderaan mewah yang tidak berdaftar secara sah.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf, berkata tindakan penyitaan itu dibuat susulan kegagalan pemilik kenderaan mematuhi peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah serta lesen memandu tidak sah.
Beliau berkata antara kereta mewah yang disita ialah Mercedes-Benz siri A, C, E dan S-Class, Porsche Macan, Cayenne, Panamera, Taycan dan 718 Cayman, BMW siri 3, 5, 7 dan X5, Audi A-Series dan Q-Series, serta Toyota Alphard dan Vellfire.
"Tindakan penguatkuasaan itu melibatkan pemilik kenderaan berusia antara 35 hingga 55 tahun, termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
"Sitaan kereta mewah ini adalah antara yang terbesar dilakukan oleh JPJ Negeri Sembilan berbanding tahun lepas iaitu 20 kenderaan, menjadikan peratusannya meningkat sebanyak 80 peratus," katanya pada sidang media mengenai operasi tersebut di sini hari ini.
Hanif Yusabra berkata melalui penguatkuasaan itu juga, 318 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan, termasuk membabitkan tiada cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh, kesalahan pelesenan kenderaan serta kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Beliau menegaskan operasi berkenaan merupakan tindakan penguatkuasaan bersepadu di peringkat nasional dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung trend pemilikan serta penggunaan kenderaan mewah yang tidak berdaftar secara sah atau cuba mengelak pembayaran cukai jalan.
Hanif Yusabra turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang trafik melalui Aplikasi MyJPJ (e-Aduan) atau emel [email protected] bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#JPJ
#Negeri Sembilan
#op luxury
#kereta mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan