awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Op Pedo bongkar pelajar miliki 5,000 bahan lucah kanak-kanak

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2025
09:00 MYT
Op Pedo bongkar pelajar miliki 5,000 bahan lucah kanak-kanak
Siti Kamsiah berkata, pemeriksaan menemui 5,000 bahan CSAM dan bahan lucah dewasa dalam peranti milik suspek yang dipercayai dimuat turun daripada internet. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kegiatan durjana seorang penuntut sebuah universiti yang memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) serta bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya terbongkar apabila dia ditahan dalam Op Pedo baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Seorang penuntut universiti berusia 20 tahun ditahan di Johor dalam Op Pedo, selepas polis menemui 5,000 bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) dalam perantinya, termasuk yang dihasilkan sendiri melibatkan dua sepupunya.
  • Suspek dipercayai merakam perbuatan jenayah itu di Selangor, Pahang dan Kelantan, dengan mangsa berusia empat dan sembilan tahun; peranti peribadi serta bahan bukti telah dirampas untuk siasatan lanjut.
  • Suspek telah dituduh dan didenda bagi kesalahan memiliki bahan lucah, sementara dua lagi kes berkaitan perakamannya sedang dikaji pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya di Klang, Pahang dan Kelantan.

Lebih mengejutkan, perbuatan terkutuk itu turut dihasilkan sendiri oleh suspek berusia 20 tahun, melibatkan dua mangsa kanak-kanak tempatan.
Lelaki terbabit ditahan pada 29 April lalu di Pasir Gudang, Johor oleh sepasukan Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Polis Kontinjen Johor hasil kerjasama dengan pihak Google.
Ketua Penolong Pengarah D11 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pemeriksaan menemui 5,000 bahan CSAM dan bahan lucah dewasa dalam peranti milik suspek yang dipercayai dimuat turun daripada internet. Terdapat juga bahan yang disyaki dihasilkan sendiri oleh suspek, melibatkan dua kanak-kanak tempatan.
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mengeksploitasi secara seksual dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan sembilan tahun yang juga sepupunya.
"Suspek dipercayai merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dalam beberapa kejadian di tiga lokasi berbeza iaitu di Selangor, Pahang dan Kelantan.
"Polis telah merampas telefon bimbit serta komputer riba untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Siti Kamsiah berkata, tiga kertas siasatan berasingan telah dibuka untuk siasatan di kontinjen-kontinjen berkaitan.
"Bagi kes memiliki CSAM dan bahan lucah, suspek telah dituduh di Johor pada 22 Mei lalu, mengaku bersalah dan membayar denda RM5,000.
“Bagi kesalahan merakam perbuatan bersama kanak-kanak terbabit di kediaman keluarga suspek di Sungai Buloh antara tahun 2023 hingga 2025, suspek telah dituduh hari ini (Khamis) di Klang,” jelasnya.
Tambahnya, siasatan bagi kejadian merakam perbuatan memandikan salah seorang mangsa di sebuah tandas di kebun sawit di Maran, Pahang, masih dalam kajian pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
“Bagi kejadian di Kelantan pula, yang berlaku pada tahun lalu dan tahun ini di rumah nenek suspek, siasatan juga masih dalam kajian pihak Peguam Negara,” katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Pedo
#bahan lucah
#Kanak-kanak
#JSJ Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami