awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/01/2025
09:54 MYT
Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Razarudin berkata, polis melanjutkan tahanan reman tiga hari lagi ke atas kesemua empat individu itu sehingga Rabu ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran di Sarawak dan isterinya berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.
Sehubungan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata polis melanjutkan tahanan reman tiga hari lagi ke atas kesemua empat individu itu sehingga Rabu ini.
"Kesemua empat suspek termasuk anak pasangan itu dan adik iparnya yang berusia antara 20-an dan 60-an itu disiasat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan lima individu berusia 26 hingga 62 tahun ditahan membabitkan CEO sebuah syarikat media di Sarawak serta dua anaknya dan dua lagi individu melalui Op Ragada di Sarawak dan Pulau Pinang.
Tangkapan tersebut dilakukan susulan maklumat risikan dan maklumat mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan dikenal pasti membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September tahun lalu.
Suspek disyaki turut menipu tender selain menganugerahkan tender kepada diri sendiri dan ahli keluarga.
Hasil daripada serbuan dijalankan, pasukan AMLA Bukit Aman turut menyita serta membekukan pelbagai aset membabitkan kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 420 KK, Seksyen 403 KK dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#pengubahan wang haram
#penyiaran sarawak
#terkini
#Op Ragada
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan