awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
17/02/2019
22:17 MYT
Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup
Daripada jumlah tangkapan itu, 45 individu adalah warga tempatan manakala 13 lagi individu adalah warga asing. - Foto PDRM
Seramai 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup polis selepas didapati terlibat dengan pelbagai aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi Op Sarang yang dijalankan selama seminggu dan berakhir semalam.
Dalam serbuan di kawasan Likas dan Kampung Lobou, Manggatal yang bermula 9 hingga 16 Februari lalu itu, kesemua ditahan adalah berusia di antara 14 hingga 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, 58 tangkapan individu melibatkan kesalahan-kesalahan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Jumlah keseluruhan rampasan yang berjaya dilakukan sepanjang tempoh Op Sarang itu dilakukan adalah 29.38 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,400 mengikut harga pasaran tempatan.
"Daripada jumlah tangkapan itu, 45 individu adalah warga tempatan manakala 13 lagi individu adalah warga asing," katanya.
Jelas beliau, kesemua barangan yang dirampas dan tangkapan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, untuk tindakan lanjut.
"Usaha untuk membenteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan diperhebat dari semasa ke semasa dalam menangani permasalahan berkenaan di daerah ini.
"Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah narkotik ini di kawasan masing-masing," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kampung Lobou
#Likas
#Manggatal
#Op Sarang
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan