awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat 17: 2,810 kes kemalangan di Selangor

Bernama
Bernama
07/02/2022
20:20 MYT
Op Selamat 17: 2,810 kes kemalangan di Selangor
Arjunaidi Mohamed berkata jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 1,374 kes (-32.8 peratus) berbanding sebelum ini. - Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 2,810 kes kemalangan jalan raya direkodkan Polis Kontinjen Selangor sempena Op Selamat 17 yang dilaksanakan susulan sambutan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 dari 28 Jan lepas hingga Ahad.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 1,374 kes (-32.8 peratus) berbanding 4,184 kes kemalangan yang direkodkan pada Ops Selamat 16 Tahun Baharu Cina sebelum ini.
Beliau berkata daripada 2,810 kes kemalangan, 1,629 daripadanya berlaku di jalan bandaran; 404 kes di lebuh raya; 362 kes di jalan negeri; 219 kes di jalan persekutuan dan selebihnya berlaku di lain-lain jalan.
Dalam kenyataan di sini malam ini beliau berkata 21 kes kemalangan maut direkodkan pada Op Selamat kali ini dengan 19 daripadanya melibatkan penunggang motosikal.
Arjunaidi berkata pihaknya juga telah mengeluarkan 34,329 saman melibatkan enam jenis kesalahan iaitu melebihi had laju (33,252 saman); tidak patuh lampu isyarat (713); menggunakan alat komunikasi semasa memandu (304); memotong barisan (45) memotong garisan berkembar (lapan) dan memandu di lorong kecemasan (tujuh).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#kemalangan
#Tahun Baharu Cina
#arjunaidi mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan