Skip to main content

Politik

Bekas MB Kelantan Ahmad Yakob dilantik Mursyidul Am Pas

Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu. - Foto Sinar Harian
Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa.

Menurut beliau, pelantikan bagi penggal 2026 hingga 2030 itu diputuskan dalam persidangan MSU Pas.

Advertisement

"Jawatan Timbalan Mursyidul Am pula disandang oleh Datuk Dr Mahfuz Mohammad.

"Ahmad turut melantik Mohd Asri Mat Daud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, sebagai Setiausaha MSU," katanya.

Advertisement

 

Beliau berkata, MSU turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan amanah tersebut.

"Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan," katanya.

Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement