IPOH: Sebanyak 1,160 kemalangan jalan raya direkodkan dengan 15 kes kemalangan maut sepanjang Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Perak sejak 29 April lalu sehingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata berdasarkan statistik sepanjang tujuh hari Op Selamat dilaksanakan, penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut.
"Angka kes kemalangan maut dilihat meningkat berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak 10 kematian.
"Daripada 15 kematian yang direkodkan, sembilan daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Ini merupakan satu angka yang membimbangkan kita semua, justeru hari ini kita telah menjalankan satu operasi enam kesalahan utama bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.
"Ia bagi mengawal angka tersebut daripada terus meningkat khususnya penunggang motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat tinjauan Op Bersepadu bersama AADK Perak sempena Op Selamat 18 di Jalan Maxwell, di sini pada Jumaat.
Azizan berkata, antara lokasi yang sering berlaku kemalangan adalah di jalan bandaran (344) diikuti jalan ersekutuan (299), lebuh raya (243) dan jalan negeri (166) dan lain-lain jalan (108).
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 9,975 saman dikeluarkan sehingga semalam dengan kesalahan tertinggi adalah pandu laju.
"Antara kesalahan tertinggi adalah membabitkan kesalahan melebihi had laju iaitu sebanyak 2,972 dan diikuti oleh kesalahan lain seperti parkir, insuran, abai peraturan lalu lintas dan tiada lesen memandu.
"Daerah yang paling banyak dikeluarkan saman adalah di daerah Ipoh diikuti Taiping," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau menambah, pihaknya sentiasa menempatkan anggota dan pegawai trafik di kawasan 'blackspot' bagi mengawal kes kemalangan daripada meningkat.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk patuh kepada peraturan yang ditetapkan.
"Bagi pemandu yang akan memulakan perjalanan yang jauh, dapatkan rehat yang cukup dan fokus semasa memandu serta jangan abaikan keselamatan diri dan orang lain," katanya.
Terdahulu, dalam operasi petang tadi yang bermula pada jam 4 hingga 6 petang, sebanyak 66 saman telah dikeluarkan oleh JSPT.
Kesalahan tertinggi yang dikesan seperti tidak patuh lampu isyarat (35), tiada lesen memandu (9), gagal tunjuk lesen (6), lesen tamat tempoh (1) dan tidak memakai tali pinggang keledar (6).
Aida Aziz
Fri May 06 2022

Sebanyak 1,160 kemalangan jalan raya direkodkan dengan 15 kes kemalangan maut sepanjang Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Perak sejak 29 April lalu sehingga semalam. - Foto Astro AWANI

Jokowi bertemu Putin, sampaikan pesanan Presiden Rusia
Jokowi dilaporkan turut bersedia berbincang dengan Putin untuk segera menamatkan peperangan di Ukraine.

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.

21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak
Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di Perak sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.

Op Selamat 18: Kemalangan maut meningkat tujuh peratus
Sebanyak 330 kes tangkapan dicatatkan membabitkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Op Selamat: Kemalangan jalan raya di Sabah meningkat tahun ini
Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.

Cuai, penting diri antara punca kemalangan sepanjang Op Selamat 18
Hari terakhir Op Selamat 18 mencatatkan 319 kemalangan di Selangor.

Op Selamat: Polis Melaka keluarkan 7,956 saman dalam tempoh 10 hari
Dalam tempoh itu juga 676 kes kemalangan direkodkan termasuk empat kes melibatkan kemalangan maut.

Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.

Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor
Sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat semalam.

Op Utama: 1,250 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya - JSPT KL
Polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat.

Op Selamat: Penunggang motosikal catat kematian tertinggi di Kedah
Penunggang dan pembonceng motosikal dikenal pasti penyumbang tertinggi statistik kematian akibat kemalangan jalan raya di Kedah.

Polis tumpu tiga pintu masuk utama
Ia melibatkan Tol Gombak, laluan selatan iaitu Leburaya Sungai Besi dan juga laluan dari arah utara iaitu Tol Jalan Duta.