awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Soga: 10 lelaki ditahan dipercayai jadi ejen bookie judi Piala Dunia Qatar

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/11/2022
07:03 MYT
Op Soga: 10 lelaki ditahan dipercayai jadi ejen bookie judi Piala Dunia Qatar
Kesemua yang ditahan terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai had kredit keseluruhan yang mencecah sehingga RM1.059 juta. - Foto PDRM
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 10 lelaki tempatan, disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX di seluruh negeri ini, bermula Isnin hingga semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua bookie yang ditahan ialah lelaki berusia 22 hingga 43 tahun dalam 10 serbuan berasingan di negeri ini.
"Kesemua yang ditahan terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai had kredit keseluruhan yang mencecah sehingga RM1.059 juta.
"Wang tunai bernilai RM9,730 dan 10 telefon termasuk kad sim dan buku memo yang mempunyai catitan disyaki untuk pertaruhan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022.
"Kejayaan operasi ini sebahagian besar hasil risikan yang dijalankan pihak polis Johor dan aduan serta maklumat yang diterima daripada orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, kesemua suspek direman dan disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953.
Ops Soga ini bermula pada 21 November lalu hingga 19 Disember depan, ia bagi membenteras gejala pertaruhan dan perjudian membabitkan Kejohanan FIFA World Cup Qatar 2022.
Kejohanan ini melibatkan sebanyak 32 negara yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.
Topic Berkaitan
#judi Piala Dunia
#piala dunia qatar
#polis johor
#Op Soga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan