KOTA BHARU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op Tapis Bersepadu yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan terbesar ketika operasi itu adalah melibatkan penahanan dua suspek lelaki warga tempatan berusia 53 dan 34 tahun di sebuah rumah dekat Jalan JKR Pasir Mas pada jam 6 petang, kelmarin.
"Hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis ganja seberat 453.75 gram (gm), 50gm heroin, 40 biji pil psikotropik dan tiga biji pil Eramin 5 yang kesemuanya bernilai RM27,780.
"Polis juga telah menyita sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang dianggarkan bernilai RM50,000. Kedua-dua suspek juga didapati positif Methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah berkaitan narkotik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata kedua-dua suspek yang ditahan itu direman selama tujuh hari bermula 13 hingga 19 Ogos ini untuk siasatan lanjut merngikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu juga, polis kemudiannya membuat serbuan susulan pada jam 7 malam hari yang sama dekat sebuah rumah di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini.
"Dalam serbuan tersebut tiada tangkapan dilakukan tetapi hasil pemeriksaan di dalam rumah telah menemukan dadah jenis ganja seberat 3,000gm, 3,050gm heroin, 800 biji pil Eramin 5, 2,000 biji pil Yaba dan 24.37gm syabu yang dianggarkan bernilai RM499,832," katanya.
Sementara itu, Muhamad Zaki berkata dalam serbuan berasingan di Flat Sri Guchil, Kuala Krai pada jam 10.45 malam, Jumaat, pihaknya turut berjaya menahan seorang buruh berusia 23 tahun warga tempatan dan merampas 18,000 pil Yaba bernilai RM180,000.
"Polis juga telah menyita sebuah kereta Honda Jazz dianggarkan bernilai RM20,000 dan wang tunai RM1,000.
"Suspek yang turut positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah telah direman selama tujuh hari bermula 13 hingga 19 Ogos untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (dua, kanan) bersama para pegawai menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam Ops Tapis Bersepadu pada sidang media di IPK Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Perdana Menteri tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri tiba di Hainan bagi menghadiri Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi 4 hari beliau ke China.

Empat beradik ditemui maut dalam bilik air
Empat beradik ditemui maut dalam bilik air selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam pada Rabu di Kampung Sabak Awor, Muar.

10 Berita Pilihan - (29 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: KPDN muktamadkan harga siling ayam dan telur esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

274 ditahan dalam Op Tapis Khas di Kelantan
274 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM49,087.80.

Op Tapis: Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op

Polis tahan tujuh suspek, rampas dadah bernilai RM4.6 juta
Polis merampas 101.5 kilogram dadah jenis syabu, 19 kg pil kuda serta empat liter ubat batuk bernilai RM4.6 juta dalam enam serbuan di Kelantan.