KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan 233 individu termasuk dua wanita sepanjang tiga hari Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas, dekat sini, bermula Rabu hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 65 tahun yang ditahan itu, terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.
Beliau berkata sepanjang tiga hari operasi tersebut, polis turut berjaya membuat dua tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kes pertama melibatkan tangkapan dua lelaki warga tempatan berumur 18 tahun di tepi jalan hadapan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi bersama 4,000 biji dadah jenis pil yaba.
"Polis turut berjaya menangkap seorang lelaki warga Thailand berumur 16 tahun di tepi jalan Pengkalan Che Kassim dan merampas 10.3 kilogram dadah jenis ganja," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhamad Zaki berkata sepanjang tiga hari operasi, pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM216,000 yang boleh digunakan seramai 29,301 berjaya dirampas.
"Polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 65 tahun yang ditahan itu, terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952. - Gambar fail/BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu.
Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: Warga Thailand antara 233 individu ditahan bersama lebih 10kg ganja
Polis Kelantan menahan 233 individu termasuk dua wanita sepanjang tiga hari Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas, bermula Rabu hingga semalam.
Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.
11,472 individu ditahan atas kesalahan dadah di Johor
Sepanjang operasi tersebut, seramai 23,973 individu diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.
Op Tapis: 11,472 ditahan, dadah 2.94 tan dirampas
Sepanjang operasi, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.
Op Tapis: Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op
Op Tapis: Polis Perak serbu jeti nelayan, sarang penagih
Operasi yang disertai 273 anggota dan pegawai polis itu adalah sebahagian usaha bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.