awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Tiris: Sindiket seleweng diesel bersubsidi di Taiping tumpas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/08/2023
03:35 MYT
Op Tiris: Sindiket seleweng diesel bersubsidi di Taiping tumpas
Pemeriksaan lanjut menemui dua lori kanvas yang mana di dalamnya terdapat empat tangki IBC yang disyaki digunakan untuk menyimpan cecair disyaki minyak diesel. - Foto KPDN Perak
TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam operasi di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, di sini, malam tadi.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi kira-kira 7.45 malam itu, pihaknya berjaya menemui sebuah premis yang disyaki dijadikan tempat pengumpulan sementara diesel.
Menurutnya, serbuan mendapati premis tersebut sedang beroperasi dan dua lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai pengurus dan pemandu lori turut berada di tempat kejadian.
“Pemeriksaan lanjut juga menemui dua lori kanvas yang mana di dalamnya terdapat empat tangki IBC yang disyaki digunakan untuk menyimpan cecair disyaki minyak diesel.
“Turut ditemui, dua skid tank dan empat pam bermeter di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kamalludin berkata, hasil pemeriksaan lanjut juga menemui anggaran 4,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel di dalam satu skid tank tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati kedua-dua lelaki tempatan tersebut gagal mengemukakan sebarang lesen Control Supply Act (CSA) borong/runcit atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel ketika diminta.
Foto KPDN Perak
Foto KPDN Perak
Susulan itu, katanya, tindakan kes diambil ke atas premis dengan menyita dua lori kanvas, cecair yang disyaki minyak diesel, pam beserta hos dan beberapa dokumen yang dijumpai bagi tujuan siasatan.
“Lelaki tempatan yang masing-masing berumur 51 dan 25 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM102,800,” ujarnya.
Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan yang dilakukan anggota penguat kuasa melalui maklumat awam selama dua minggu dengan melakukan penjejakan ke atas satu lori bertutup kanvas yang melakukan aktiviti pengisian diesel di sekitar stesen minyak di sini.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Bekalan 1961
#Taiping
#sindiket
#diesel bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan