KUALA LUMPUR: Sekali pandang, kewujudan sebuah bangunan lama di satu sudut di Jalan Sultan berdekatan Stesen MRT Pasar Seni di sini, mungkin tidak memberi apa-apa makna buat warga kota.
Namun bangunan yang didiami Persatuan Benevolent Dramatic Yen Keng Selangor itu telah berdekad lamanya memelihara satu seni lama yang dikenali sebagai opera Cina atau Xiqu, daripada hilang ditelan zaman.
Siapa sangka bangunan berciri vintaj itu kembali meriah hari ini dengan penggambaran iklan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Feb ini oleh syarikat penerbitan TVC Keluarga Malaysia.
Selaras dengan aspirasi "Keluarga Malaysia", Pejabat Perdana Menteri telah melantik syarikat berkenaan untuk menghasilkan satu iklan khas yang diinspirasi daripada kisah benar seni yang semakin dilupakan itu.
"Seperti yang kita tahu, Tahun Baharu Cina lazimnya dimeriahkan dengan tarian singa, tetapi kita mahu mengambil pendekatan baharu, iaitu menghidupkan semula opera Cina," kata ketua pengarah TVC Keluarga Malaysia Faisal Rais dalam satu wawancara bersama media ketika penggambaran iklan itu di premis berkenaan pada Isnin.
Faisal berkata opera Cina meraih tarikan pada peringkat antarabangsa berikutan perkembangan teknologi platform media, sekali gus mencetuskan perasaan ingin tahu dan minat orang ramai terhadap seni berkenaan.
Penggambaran iklan itu hanya mengambil masa sehari dan akan ditayangkan pada 30 Jan ini dalam pelbagai bahasa, dengan iklan berdurasi satu minit adalah untuk tayangan televisyen, manakala video sepanjang dua minit adalah untuk platform media Keluarga Malaysia seperti Facebook dan YouTube.
Sementara itu pengarah skrip Sidiqin Omar yang menjalankan kajian dan menulis skrip iklan itu dalam masa dua minggu berkata, beliau menghadapi cabaran memastikan jalan cerita itu menepati aspirasi "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."
"Dalam konteks Tahun Baharu Cina kali ini, iaitu Tahun Harimau, watak utama adalah seorang yang berani. Berani memberi pandangan dan dalam masa sama berani meminta tolong rakan-rakannya berusaha untuk menjayakan persembahan opera Cina," kata Sidiqin.
Turut hadir pada penggambaran hari ini ialah penasihat seni rias dan busana TVC Keluarga Malaysia Elizabeth @ Choi Yam Heong, 86, yang pernah digelar primadona opera Cina di Malaysia.
Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Elizabeth yang lahir dalam keluarga opera Cina, telah lama berkecimpung dalam industri itu, selain ayahnya yang juga merupakan 'bos' seni persembahan kebudayaan itu.
"Sayalah pelakon dan saya juga penyanyi. Saya mewarisi opera Cina daripada keluarga. Keluarga dan kakak-kakak saya yang mengajar saya," katanya dalam bahasa Kantonis.
Menurutnya, ketika berumur 17 tahun, ayahnya telah membawa beliau ke Hong Kong untuk mempelajari opera Cina dengan seorang guru di sana.
Sehingga sekarang, beliau masih bergiat dalam industri itu dan telah mempunyai sebilangan pelajar yang berminat mendalami seni budaya Cina.
Aspirasi Keluarga Malaysia diketengahkan dalam penceritaan iklan berkenaan iaitu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan kaum bersatu untuk saling membantu ekoran berlakunya bencana banjir yang tidak dijangka.
Syarikat penerbitan itu turut menjalankan pencarian bakat bagi mencari pelakon utama dan akhirnya memilih Charmaine Cheong, 21, yang juga dikenali dengan nama pentasnya Siew Lin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Seorang pelakon opera tradisional Cina dari Thailand bersolek sebelum melakukan persembahan opera. - Foto BERNAMA

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/19650021631652960152944_640x360.jpg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda Sarawak untuk meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya, jumlah stok karbon sedia ada yang dikenal pasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan gas rumah hijau sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggotanya.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

Opera Cina diketengahkan dalam iklan bertemakan Keluarga Malaysia
Iklan itu akan ditayangkan pada 30 Jan dalam pelbagai bahasa.

Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Bagaimanapun, Naib Presiden MCA itu tidak menjelaskan tentang kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.