awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi cari wanita dikhuatiri lemas semalam disambung, kawasan pencarian diperluas

Bernama
Bernama
18/11/2024
05:30 MYT
Operasi cari wanita dikhuatiri lemas semalam disambung, kawasan pencarian diperluas
Operasi pencarian diketuai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari balai bomba Kuala Kangsar, dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan penduduk setempat. -JBPM Perak
IPOH: Kawasan pencarian seorang wanita yang hilang dibawa arus deras semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik petang semalam, diperluas sehingga 16 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Ringkasan AI
  • Kawasan pencarian wanita yang hilang di Sungai Air Beruk diperluas sehingga 16 km dari tempat kejadian.
  • Operasi pencarian diketuai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari balai bomba Kuala Kangsar, dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan penduduk setempat.
  • Operasi disambung pagi ini dengan pencarian melibatkan jarak 2 km dari tempat kejadian dan 14 km dari Dataran Loma ke persimpangan Sungai Beruk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang dianggotai lima anggota dari balai bomba Kuala Kangsar mengetuai operasi, yang turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.
Beliau berkata operasi disambung pada pukul 8 pagi ini dengan pencarian melibatkan jarak 2km dari tempat kejadian ke sepanjang jajaran Sungai Beruk, dan kawasan berjarak 14 km bermula dari Dataran Loma, Sungai Rui sehingga ke persimpangan Sungai Beruk.
"Kita tak boleh beri jaminan untuk menemui mangsa secepat mungkin, cuma apa yang boleh dijelaskan ialah jika cuaca baik, kebarangkalian untuk jumpa adalah tinggi, dan kita harapkan semua pihak beri dapat kerjasama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian semalam Nur Arina Azizan, 20, dipercayai hanyut dibawa arus deras, manakala ibunya yang berusia 48 tahun diselamatkan orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang dibawa arus deras
#Sungai Air Beruk
#Jalan Padang Setang Kampung Kerunai
#kawasan pencarian diperluas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan