awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi gali kubur fasa kedua mangsa pemerdagangan manusia bermula

Bernama
Bernama
04/06/2015
23:43 MYT
Operasi  gali kubur fasa kedua mangsa pemerdagangan manusia bermula
Pasukan penyelamat sedang menggali kubur yang dijumpai di Wang Kelian selepas sindiket pemerdagangan manusia di Lubuk Sireh, Perlis dikesan baru-baru ini. - Gambar Bernama
Operasi menggali 91 kubur fasa kedua mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Lubuk Sireh, Perlis bermula Khamis melibatkan 180 petugas forensik dan keselamatan dan dijangka selesai sebelum Rabu depan.
Lapan kenderaan membawa pasukan forensik dan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan tersebut bagi operasi itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) 2015 di sini.
Di Kangar, Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata antara yang terlibat dalam operasi itu ialah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), forensik dan pasukan siasatan.
INFOGRAFIK: Infografik: Sindiket pemerdagangan Rohingya
Beliau berkata mereka bergerak ke kawasan tumpuan dengan memasuki dua pintu masuk iaitu di Wang Kelian dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar.
Mengenai laluan yang akan digunakan bagi menurunkan mayat yang ditemui, Shafie berkata soal menggunakan laluan darat atau helikopter belum diputuskan.
BACA: Jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumi di Pokok Sena - Mukhriz Operasi gali kubur di sempadan dijangka selesai Rabu depan - Khalid Operasi gali kubur di sempadan dijangka selesai Rabu depan - Khalid
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata jenazah etnik Rohingya mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang telah dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Pokok Sena.
FOTO: Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Wang Burma Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Padang Besar
Pejabat Mufti bersama Majlis Agama Islam Kedah akan menguruskan kesemua jenazah itu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan memandangkan ada daripadanya dalam keadaan tidak sempurna, katanya kepada pemberita di Jerlun.
Mukhriz berkata beliau difahamkan 35 jenazah yang telah dibedah siasat berada di hospital itu.
Jenazah tersebut merupakan sebahagian rangka manusia yang telah dikeluarkansejak polis mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang diwujudkan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Perlis-Thailand.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Mukhriz Tun Mahathir
#pemerdagangan manusia
#perlis-thailand
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan