awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Syria, SDF capai persetujuan gencatan senjata empat hari
Pelaksanaan 'smart lane', dasar lori lebih muatan antara tumpuan dewan rakyat hari ini
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2026
00:00 MYT
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Dr Muhammad Akmal menegaskan bahawa keprihatinan terhadap kesejahteraan murid dan guru harus menjadi keutamaan dalam sebarang reformasi pendidikan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pemuda UMNO menyokong beberapa langkah pengumuman reformasi pendidikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Pemuda UMNO menyokong langkah reformasi pendidikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, terutamanya penguatkuasaan Bahasa Melayu dan Sejarah dalam sistem pendidikan negara termasuk UEC.
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyatakan kebimbangan berkenaan isu kekurangan guru dan fasiliti di sekolah yang mungkin meningkat dengan pelajar berumur enam tahun masuk Darjah 1 secara sukarela.
  • Dr Muhammad Akmal menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan untuk meneliti semula langkah reformasi pendidikan demi menangani masalah asas seperti kekurangan guru dan fasiliti sebelum memperkenalkan perubahan baru yang boleh menjejaskan kualiti pendidikan.

Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, sokongan itu khususnya dalam penguatkuasaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di seluruh sistem pendidikan negara, termasuk Unified Examination Certificate (UEC).
Beliau berkata, langkah itu adalah berani dan baik, malah merupakan tindakan yang dinantikan ramai pihak.
“PMX, 'you earn my respect' apabila mewajibkan silibus mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga sejarah kepada seluruh sistem pendidikan dalam negara ini termasuklah UEC.
"Ini langkah yang sangat berani, langkah yang sangat baik,” katanya menerusi satu video yang dikongsi di laman Facebooknya pada Selasa.
Bagaimanapun, Dr Muhammad Akmal menegaskan terdapat beberapa isu yang perlu dibahaskan dan diterliti lebih lanjut.
Antara masalah utama yang dikenal pasti adalah kekurangan guru dan fasiliti di sekolah.
Menurut beliau, pengumuman untuk membolehkan murid berumur enam tahun memasuki Darjah 1 secara sukarela berpotensi menambah bilangan pelajar yang seterusnya boleh membebankan guru dan menjejaskan kualiti pengajaran.
“Masalah yang kita ada sebenarnya bukan soal cikgu kita tak nak mengajar, tetapi kita ada masalah kekurangan guru untuk mengajar dan kekurangan fasiliti di setiap sekolah.
"Kalau masalah asas ini tidak diselesaikan dan kita tambah lagi bilangan pelajar, ia akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada anak-anak kita,” ujarnya.
Beliau turut menekankan isu kesesakan di kelas sedia ada, dengan sesetengah kelas menampung 30 hingga 35 pelajar, menyebabkan ketidakselesaan dalam proses pembelajaran.
Tambahan bilangan pelajar Darjah 1, ujarnya, perlu ditampung sepanjang enam tahun pengajian di peringkat rendah, yang memerlukan perancangan teliti.
Dr Muhammad Akmal meminta Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan untuk meneliti semula cadangan yang diumumkan bagi memastikan masalah asas dalam sistem pendidikan negara dapat ditangani terlebih dahulu.
“Kalau tak dapat menyelesaikan masalah yang asas ini, saya percaya ini akan memberikan kesan yang sangat tidak baik kepada sistem pendidikan anak-anak kita. Jangan tambah lagi masalah baru,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa keprihatinan terhadap kesejahteraan murid dan guru harus menjadi keutamaan dalam sebarang reformasi pendidikan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhamad Akmal Saleh
#reformasi pendidikan
#Bahasa Melayu dan Sejarah
#Tahun Satu enam tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan