Operasi empat buah hotel Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindah milik kepada syarikat tujuan khas, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ), akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu dan tiada pekerja yang akan diberhentikan.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, TH dan UJ berkata, segala pengurusan dan pekerja rangkaian hotel berkenaan yang sebelum ini diselia oleh TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR) akan diambil alih oleh UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM), anak syarikat milik penuh UJ bermula 1 April ini.
"Seramai 90 peratus pekerja THHR akan terus berkhidmat di rangkaian Raia Hotel manakala baki 10 peratus tenaga kerja hotel itu akan diserap ke dalam TH Kelana Jaya. Selain itu, 90 peratus pekerja terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR.
"TH akan sentiasa menjaga kebajikan pekerja terlibat demi kelangsungan karier mereka pada masa depan," kata kenyataan itu.
Notis penamatan operasi kesemua hotel berkenaan telah dikeluarkan oleh TH, semalam.
UJPM yang ditubuhkan sebagai langkah memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel akan diterajui bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Muhammad Solleh Ramli.
Muhammad Solleh sebelum ini juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Proasset Management Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengurusan Hotel MS Garden, Kuantan Pahang.
Bagi melengkapkan transaksi pindah milik berkenaan, UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 billion dan membayar RM300 juta tunai selain menyediakan dana bagi menambah baik kemudahan hotel terbabit.
Selain itu, UJ turut memberi jaminan bahawa hotel-hotel tersebut boleh terus digunakan seperti mana sebelum ini ketika musim operasi haji.
Menurut kenyataan itu, rangkaian hotel tersebut adalah sebahagian daripada pemindahan aset TH yang merangkumi 29 aset hartanah, satu syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti dengan nilai semasa RM9.63 billion pada hari pemindahan.
Pengambilalihan rangkaian hotel itu adalah sebahagian daripada Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Semula TH dan merupakan langkah perlu diambil UJ bagi memenuhi mandat diberikan kerajaan untuk mengurangkan komitmen kerajaan.
"UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai aset-aset di bawah portfolio UJ."
Sehubungan itu, TH dan UJ berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh kepada pihak pengurusan baharu dan UJ akan meningkatkan imej hotel-hotel tersebut dari segi penjenamaan semula, menaik taraf fasiliti dan mengoptimumkan kecekapan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020
Tabung Haji akan sentiasa menjaga kebajikan pekerja terlibat demi kelangsungan karier mereka pada masa depan.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Operasi hotel TH diteruskan pengurusan baharu, tiada pemberhentian pekerja
Operasi empat buah hotel Lembaga Tabung Haji yang dipindah milik kepada syarikat tujuan khas, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ), akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu.
'Hotel Celaka' Korea Utara mungkin beroperasi secara rasmi selepas 30 tahun
Projek itu terbengkalai pada tahun 1992 ketika Korea Utara berdepan impak ekonomi merudum akibat kejatuhan Kesatuan Soviet.