awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi kantin sekolah berjalan seperti biasa pada Ramadan - Fadhlina

Pia Ernadya
Pia Ernadya
11/03/2024
03:15 MYT
Operasi kantin sekolah berjalan seperti biasa pada Ramadan - Fadhlina
Fadhlina bercakap kepada media selepas mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, di Kuala Langat, hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LANGAT: Pengurusan sekolah akan tetap meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan.
Selain itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, murid-murid khususnya yang bukan beragama Islam akan turut diterapkan dengan nilai-nilai kesedaran supaya lebih faham tentang ibadah puasa bagi orang Islam.
“Saya sudah ulangi bahawa, pertama, kantin mesti dibuka.
"Dan kedua, mesti ada dari segi pendidikan yang berkaitan dengan kesedaran dan hormat, khususnya di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid bukan Islam.
“Jadi, proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati antara satu sama lain itu sangat penting," katanya.
Fadhina berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, di sini, hari ini.
Tambahnya, beliau turut yakin bahawa guru-guru juga mempunyai pengalaman untuk menguruskan perkara ini.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#kantin sekolah
#Ramadan
#puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan