Operasi mencari dan mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian penebat kilat jatuh dan menghempap jalan di Jalan Macalister di sini Khamis lepas, dihentikan pada pukul 8 pagi hari ini.
Ketua operasi Datuk Lim Kok Khong berkata keputusan itu diambil kerana pihak berkuasa bimbang operasi menggali yang berterusan akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ.
"Operasi ini dihentikan terus dan lubang sedalam lapan meter yang digali itu akan ditimbus. Ini kerana kawasan ini tanahnya lembut dan berselut, menjadikannya mudah terhakis dan mendap," katanya kepada pemberita, di sini.
Semalam, lubang asal sedalam lima meter digali sedalam tiga meter lagi untuk mengesan penjual nasi lemak Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan berkenaan.
Mengulas lanjut, Lim yang merupakan bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia Pulau Pinang, berkata pihaknya akan melakukan kerja menstabilkan struktur tanah di kawasan lubang itu bagi mengelak hakisan.
"Selepas kerja-kerja menstabilkan tanah selesai barulah pihak yang terbabit seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Indah Water Konsortium (IWK), dan syarikat telekomunikasi akan menjalankan tugas masing-masing untuk memulihkan semua kemudahan infrastruktur," katanya.
Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
Sehari selepas itu, seorang wanita Lee Chai Song membuat laporan akan kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Lewat petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga tayar kereta termasuk tayar simpanan.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pemilik bangunan Menara Umno agar menurunkan saki-baki struktur penebat kilat yang masih tergantung pada bangunan secepat mungkin.
Langkah itu demi menjaga keselamatan orang ramai kerana jalan ini akan dibuka semula kepada lalu lintas dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita semasa meninjau lokasi kejadian hari ini.
Bernama
Mon Jun 17 2013
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Paip pembentungan awam bukan punca tanah jerlus di Kampung Kerinchi - IWK
IWK menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan.
Tanah jerlus Masjid India: Gas beracun, mudah terbakar di tangki loji IWK cabaran besar pasukan SAR
Anggota SAR mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) khas yang hanya boleh digunakan sekali dan alat bantuan pernafasan.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna teknik ‘flushing’ cari mangsa
IWK menjalankan kerja flushing (pembilasan) saluran kumbahan di hiliran dalam usaha pencarian wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR pam keluar air saluran kumbahan
JBPM hari ini mengepam keluar air saluran kumbahan di Indah Water Konsortium (IWK) Kuala Lumpur di Pantai Dalam, dalam usaha mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India.
Tanah jerlus Masjid India: IWK akan buka semua injap pintu saluran kumbahan - Polis
Ia bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV
Sebanyak 396 tapak Loji Rawatan Kumbahan IWK di Semenanjung Malaysia telah dipilih secara strategik bagi pemasangan teknologi solar Fotovoltan (PV) Fasa 1.
IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kaji kitar semula air kumbahan
PBAPP bekerjasama dengan IWK untuk mengkaji aspek daya maju projek kitar semula air kumbahan untuk kegunaan semula industri di Pulau Pinang.