awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pascabanjir termasuk bersih sekolah jadi PPS diselaras segera - NADMA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/12/2021
09:51 MYT
Operasi pascabanjir termasuk bersih sekolah jadi PPS diselaras segera - NADMA
Menurut Aminuddin, perlu penggembeliengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dalam kerja-kerja pascabanjir. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk merangka dan menyelaras tindakan segera aktiviti-aktiviti pascabanjir.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hassim berkata penggembelengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan perlu memberi perhatian kepada pentaksiran keperluan pascabencana mangsa.
"Ia termasuk peralatan memasak, bahan masak, peralatan sekolah, pembersihan ruang atau kemudahan awam, pengurusan debris termasuk kereta tersadai yang mengganggu lalu lintas dan akses untuk memasuki kawasan terkesan serta pembersihan saliran.
"Selain bantuan pembersihan kediaman dan tempat-tempat awam, aktiviti pembersihan sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) turut perlu dilakukan segera terutamanya sekolah-sekolah menengah memandangkan sesi persekolahan akan dimulakan tidak lama lagi.
"Aktiviti pascabencana juga melibatkan tindakan pemulihan perkhidmatan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi, sisa pepejal dan perkhidmatan pembentungan.
"Tindakan segera juga turut melibatkan pembaikan kediaman, jambatan (bailey bridge) dan infrastruktur awam," katanya pada sidang media di Taman Sri Muda di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Tegasnya, kerja-kerja pemulihan perkhidmatan asas ini telahpun diarah untuk dilaksanakan segera.
Malah, ujarnya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri perlu mengenal pasti dan menguar-uarkan makluman keperluan bantuan untuk rujukan pihak-pihak yang berhasrat untuk memberikan bantuan.
Selain itu, penyelarasan bantuan di PKOB telah digariskan sejak awal lagi selaras dengan keputusan di peringkat pusat dalam fasa persediaan.
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#PPS
#pasca banjir
#Aminuddin Hassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan