awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pematuhan SOP di premis berisiko ditingkatkan - Polis Kuala Lumpur

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/05/2021
05:23 MYT
Operasi pematuhan SOP di premis berisiko ditingkatkan - Polis Kuala Lumpur
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, pelaksanaan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini adalah untuk mengekang penularan wabak.
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terhadap premis-premis yang berisiko menularkan jangkitan COVID-19 di sekitar ibu negara.
Usaha itu diambil susulan pengumuman kerajaan yang menyenaraikan premis berisiko tinggi dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, pelaksanaan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
"Ini bukan semata-mata bertujuan mengenakan tindakan kompaun terhadap premis perniagaan atau individu.
"Jika berlaku keadaan pelanggaran SOP, pihak polis akan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Lei Choo berkata, pasukan pematuhan Op COVID-19 terdiri daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda (MPV) berfungsi untuk mengingatkan orang awam mengenai pematuhan SOP PKP.
Jelasnya, pihak polis memahami keterujaan masyarakat untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun, memohon kerjasama masyarakat mematuhi segala SOP ditetapkan.
"Warga ibu kota dinasihatkan sentiasa amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak demi kesihatan masing-masing.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran," tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pelitup muka
#hari raya
#Aidilfitri
#polis
#kerajaan
#HIDE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan