Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melancarkan operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas di sekitar kawasan takungan air di empangan-empangan untuk kegunaan domestik dan pertanian, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata operasi itu dilakukan di enam kawasan sasaran di Kedah serta Pulau Pinang dan berjaya menghasilkan hujan di hampir kesemua kawasan tumpuan, iaitu Empangan Muda, Pedu dan Teluk Bahang serta kawasan sawah padi di Kuala Nerang dan Kampung Perupok, kecuali sekitar kawasan Empangan Ahning, Kedah.
"Tujuan utama OPA kali ini ialah untuk meningkatkan turunan hujan di kawasan-kawasan tadahan empangan di negeri Kedah dan Pulau Pinang.
"Ini berikutan negara kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut hingga hujung bulan Mac mengakibatkan taburan hujan rendah di beberapa tempat di negeri utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak sehingga menjejaskan takungan air di empangan untuk kegunaan domestik serta pertanian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya MetMalaysia sentiasa memantau keadaan atmosfera khususnya di kawasan tadahan empangan di Kedah dan Pulau Pinang bagi menentukan OPA untuk beberapa hari akan datang.
Sepanjang musim panas dan kering ini juga, orang ramai dinasihatkan supaya menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai amaran cuaca boleh layari laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020
MetMalaysia melancarkan operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas di sekitar kawasan takungan air. - Gambar fail
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Tiga empangan di Johor hampiri paras kritikal
Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini.
Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.
Penduduk tak perlu bimbang, bekalan air mencukupi - Chow
Walaupun paras air di Empangan Air Itam merosot namun penduduk tidak perlu bimbang kerana terdapat dua lagi empangan utama.
El Nino: Paras air tiga empangan MADA selesa dan mencukupi
Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan takungan ketiga-tiga empangan MADA ialah 887,920 ekar kaki bersamaan 72.6 peratus.
Paras air di tujuh empangan Selangor stabil - Exco
Paras air tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras stabil, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.
Pelepasan air empangan Selangor secara berperingkat, elak limpahan semasa MTL
Kerajaan Selangor mengambil langkah mengurangkan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air berkenaan secara berperingkat sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.
Angka kematian akibat banjir di Libya meningkat ke lebih 5,300
Banjir besar yang bergerak seperti tsunami melanda Derna pada Ahad selepas sebuah empangan pecah akibat Taufan Daniel.
Paras air Empangan Bukit Merah meningkat
Ini adalah kesan daripada taburan hujan di dalam kawasan tadahan yang menyebabkan peningkatan pada paras empangan tersebut.
Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.