awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi rokok, hasil tembakau: KKM keluar 335 notis, RM93,350 kompaun

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2022
22:00 MYT
Operasi rokok, hasil tembakau: KKM keluar 335 notis, RM93,350 kompaun
Antara notis yang dikeluarkan oleh KKM ialah bawah Peraturan 11(1) tempat-tempat dilarang merokok - Foto KKM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 335 notis kesalahan di bawah Seksyen 32(b) Akta Makanan 1983, dengan anggaran kompaun sebanyak RM93,350 menerusi Operasi Mega Bersepadu Antara Agensi bagi Penguatkuasaan Rokok dan Hasil Tembakau.
Selain KKM, operasi yang dijalankan pada Sabtu itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kastam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KKM dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah notis yang dikeluarkan, sebanyak 284 notis dengan nilai kompaun sebanyak RM71,000 dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1) tempat-tempat dilarang merokok.
Selain itu, sebanyak 14 dengan nilai kompaun sebanyak RM7,000 dikeluarkan di bawah Peraturan 12(1)(a) tanggungjawab tuan punya premis untuk mempamerkan tanda larangan merokok.
"Peraturan 12(1)(b) tanggungjawab tuan punya premis untuk memastikan tiada orang merokok sebanyak 28 notis dengan nilai kompaun sebanyak RM 14,000. Peraturan 13 (1) larangan mengenai merokok terhadap orang belum dewasa sebanyak tujuh notis dengan nilai kompaun sebanyak RM350.
"Manakala, Peraturan 14 (1) tidak mempamerkan tanda larangan jualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa dan Peraturan 15(4A) larangan penjualan dan pemilikan hasil tembakau tanpa Amaranperasi yang melibatkan kekuatan anggota seramai 220 orang itu daripada agensi-agensi berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di 263 premis jualan dan tempat makan. Kesihatan Bergambar masing-masing satu notis dengan nilai kompaun sebanyak RM500," demikian menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, operasi yang melibatkan kekuatan anggota seramai 220 orang itu terdiri daripada agensi-agensi berkenaan melakukan pemeriksaan di 263 premis jualan dan tempat makan.
Foto/KKM
Operasi tersebut disertai oleh KKM, KPDNHEP, Kastam, PDRM dan DBKL
Operasi bersepadu peringkat kebangsaan itu, katanya dijalankan untuk menguatkuasakan semua peruntukan undang-undang di bawah agensi yang terlibat bagi menguatkuasakan kawalan tembakau dan hasil tembakau.
Ia bermula pada Sabtu (25 Jun) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan diteruskan di seluruh negara.
Dalam operasi sama, KPDNHEP merampas 147 paket rokok dengan nilai RM1,040 di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan mengenai kesalahan dagangan palsu.
Manakala, Kastam turut merampas 20 karton rokok dan 156 paket rokok di bawah kesalahan seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu mengenai menyimpan dan memiliki rokok-rokok tidak sah.
DBKL pula mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 iaitu mengambil atau menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah; satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 20(1)(b) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 iaitu mengambil atau menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah; dan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 3(1) iaitu berniaga tanpa lesen dari Datuk Bandar Kuala Lumpur.
"Penguatkuasaan di masa depan akan ditumpukan kepada penguatkuasaan lambakan penjualan hasil tembakau termasuk rokok yang tidak mematuhi mana-mana perundangan yang ditetapkan.
"Pihak KKM sangat komited dalam memastikan isu merokok dalam kalangan rakyat Malaysia diberi perhatian yang serius," jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#Operasi merokok Kuala Lumpur
#Larangan merokok premis makanan
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan