awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
Thailand pergiat banteras jenayah dalam talian, sasar laman sesawang perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR kanak-kanak lemas di Sungai Perak diperluas 7km

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/07/2020
03:30 MYT
Operasi SAR kanak-kanak lemas di Sungai Perak diperluas 7km
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, Mohd Danish Irfan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput. - Foto JBPM
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak petang semalam diperluaskan sehingga tujuh kilometer radius pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menggunakan teknik pencarian di permukaan air.
Katanya, 35 anggota dari pelbagai agensi seperti bomba, polis dan pertahanan awam memulakan operasi mulai jam 8 pagi dengan bantuan orang awam.
“Operasi menggunakan enam buat bot iaitu dua milik bomba, masing-masing satu milik polis dan pertahanan awam, dibantu dua bot nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput.
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#Kampung Loh Karai
#Kuala Kangsar
#Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin
#operasi
#Pasukan Penyelamat Di Air
#pencarian
#permukaan air
#PPDA
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan