awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
31/07/2017
08:00 MYT
Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan optimasi sistem keselamatan di KL Sentral.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan optimasi sistem keselamatan di KL Sentral.
Untuk itu, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mewujudkan Sistem Pemantauan Berpusat dalam tempoh sebulan.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan.
"Saya juga meminta pihak MRCB, Prasarana, MRT, LRT, KTMB untuk meningkatkan jumlah polis bantuan ataupun auxiliary police dalam tempoh sebulan dari tarikh lawatan saya hari ini bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi jangka masa pendek menjelang temasya KL 2017.
"Bagi jangka masa sederhana, Sistem Pemantauan Berpusat yang bersifat menyeluruh akan menyelaraskan tugas polis bantuan dengan bantuan teknologi kamera litar tertutup CCTV berdefinisi tinggi dan keupayaan pengesan wajah," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan di KL Sentral pada Isnin.
Tambahnya, sistem pemantauan tersebut akan diintegrasikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempercepatkan tindakan tanpa perlu melalui peringkat-peringkat komunikasi.
"Sistem tersebut juga dapat digunakan untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti jenayah termasuk ancaman mana-mana kumpulan radikal, ekstremis atau serangan pengganas di negara ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#CCTV
#keselamatan
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#operasi
#PDRM
#polis
#sistem pemantauan
#Timbalan Perdana Menteri
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan