awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Raja Perlis

Bernama
Bernama
19/05/2017
07:20 MYT
Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Raja Perlis
Tertuduh memuat naik komen jelek terhadap Tuanku Syed Sirajuddin (gambar) secara sedar melalui akaun Facebooknya pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang. - Gambar fail
Seorang operator pengeluaran sebuah kilang di Jejawi dekat sini yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.
Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.
Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar mahkamah mengenakan hukuman ringan setelah dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.
Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan nama 'Mohd Shukor RK, memuat naik komen jelek terhadap Tuanku Syed Sirajuddin secara sedar melalui akaun Facebooknya pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.
Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denda
#hina raja
#operator pengeluaran
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan