awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Cantas Khas: Polis tahan 76 pengawal keselamatan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
02/12/2013
23:14 MYT
Ops Cantas Khas: Polis tahan 76 pengawal keselamatan
Seramai 76 pengawal keselamatan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Cantas Khas pengawal keselamatan yang dijalankan di sekitar ibu negara, pada Isnin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, memaklumkan, dalam operasi yang dijalankan di empat daerah melibatkan kawasan Cheras, Brickfields, Sentul dan Dang Wangi itu, 135 pengawal keselamatan diperiksa.
Jelas Khairi, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun.
"Seramai 66 pengawal ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tujuh orang dibawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen kerana permit tamat tempoh," katanya dalam satu sidang media di sini Isnin.
"Dua yang lain ditahan di bawah seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki kad pengenalan orang lain dan baki seorang lagi ditahan di bawah peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1953 kerana melanggar syarat permit kerja,"tambahya lagi.
Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Nepal, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, India, Sri Lanka dan Filipina.
Operasi yang bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu melibatkan kekuatan 115 anggota polis dengan kerjasama 8 pegawai pendaftaran negara.
Topic Berkaitan
#Ops Cantas Khas
#PDRM
#pengawal keselamatan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan