KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024 yang dilaksanakan sejak 1 April lepas di seluruh negara.
Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata jumlah itu direkodkan daripada 3,799 bas yang diperiksa di 54 depoh bas dan 28 terminal bas.
"Kesemua bas tersebut melakukan pelbagai kesalahan teknikal yang berbahaya dan tidak dibenarkan berada di jalan raya. Jadi, mereka ini ditahan daripada menjalankan perkhidmatan kepada penumpang," katanya selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan di Terminal Bersepadu Selatan, di sini hari ini.
Selain itu, sebanyak 77 bas dikenakan tindakan termasuk 47 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan kesalahan tata kelakuan pemandu seperti bermain telefon bimbit dan tiada pemandu kedua.
JPJ juga katanya turut mengeluarkan larangan memandu kepada enam pemandu bas, masing-masing dua di Kedah dan Sarawak serta satu di Kelantan dan Perak kerana disyaki mengambil bahan terlarang selepas gagal dalam saringan ujian air kencing.
JPJ-OPS HRA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Tindakan lanjut akan diambil dengan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
"JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjut diperoleh daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan," katanya.
Pada masa sama, sebanyak 84 penyamaran oleh pegawai JPJ di dalam bas dilakukan dengan merekodkan 62 kes pelbagai kesalahan pemanduan pemandu bas.
Lokman berkata penyamaran pegawai JPJ itu akan berterusan sehingga 20 April selain penguatkuasaan dan tindakan tegas akan terus dilaksanakan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya diutamakan buat semua pengguna.
"Pemeriksaan dan penguatkuasaan berfokus ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 22 dan 23 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah di bawahnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Pengarah Kanan Penguatkuasa Undang-Undang JPJ Datuk Lokman Jamaan (dua, kiri) melihat seorang anggota JPJ melakukan pemeriksaan tayar pada sebuah bas ketika Ops Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2024. - Foto BERNAMA
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Astro AWANI lancar jiwa, perkasa inovasi kewartawanan
Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI, apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, sebuah garis panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Remaja lelaki menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja lelaki menangis teresak-esak selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas pertuduhan merogol anak saudara tirinya, Februari lalu.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas serta terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan
Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.
Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.