awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Cara U Sabah ULTRA5G Fest meriahkan KK, tarik lebih 10,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi

Bernama
Bernama
08/04/2024
15:45 MYT
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Pengarah Kanan Penguatkuasa Undang-Undang JPJ Datuk Lokman Jamaan (dua, kiri) melihat seorang anggota JPJ melakukan pemeriksaan tayar pada sebuah bas ketika Ops Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2024. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024 yang dilaksanakan sejak 1 April lepas di seluruh negara.
Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata jumlah itu direkodkan daripada 3,799 bas yang diperiksa di 54 depoh bas dan 28 terminal bas.
"Kesemua bas tersebut melakukan pelbagai kesalahan teknikal yang berbahaya dan tidak dibenarkan berada di jalan raya. Jadi, mereka ini ditahan daripada menjalankan perkhidmatan kepada penumpang," katanya selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan di Terminal Bersepadu Selatan, di sini hari ini.
Selain itu, sebanyak 77 bas dikenakan tindakan termasuk 47 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan kesalahan tata kelakuan pemandu seperti bermain telefon bimbit dan tiada pemandu kedua.
JPJ juga katanya turut mengeluarkan larangan memandu kepada enam pemandu bas, masing-masing dua di Kedah dan Sarawak serta satu di Kelantan dan Perak kerana disyaki mengambil bahan terlarang selepas gagal dalam saringan ujian air kencing.
JPJ-OPS HRA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Tindakan lanjut akan diambil dengan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
"JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjut diperoleh daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan," katanya.
Pada masa sama, sebanyak 84 penyamaran oleh pegawai JPJ di dalam bas dilakukan dengan merekodkan 62 kes pelbagai kesalahan pemanduan pemandu bas.
Lokman berkata penyamaran pegawai JPJ itu akan berterusan sehingga 20 April selain penguatkuasaan dan tindakan tegas akan terus dilaksanakan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya diutamakan buat semua pengguna.
"Pemeriksaan dan penguatkuasaan berfokus ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 22 dan 23 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah di bawahnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Hari Raya
#bas
#dilarang beroperasi
#Notis Larangan Penggunaan Kenderaan
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan