KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata daripada jumlah itu, sebanyak 11,365 saman dikeluarkan bagi kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Beliau berkata sebanyak 68,257 motosikal diperiksa sepanjang operasi itu, dengan 575 buah motosikal disita dan kesemua tindakan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333).
"Operasi khas motosikal ini dilakukan dengan kolaborasi strategik bersama agensi penguatkuasaan lain, untuk mewujudkan literasi dan mendidik penunggang motosikal agar lebin peka terhadap keselamatan di jalan raya, sekali gus mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa," katanya.
Mohd Zaki berkata demikian dalam sidang media selepas turut melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam operasi khas itu di Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, hari ini.
Mohd Zaki berkata selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, pihaknya akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan, bagi mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan berhemah semasa memandu, bagi mengelak berlakunya kemalangan akibat kecuaian serta sikap pentingkan diri.
Beliau berkata operasi itu turut melibatkan kerjasama daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
"Tumpuan diberikan terhadap penunggang motosikal bagi membudayakan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Aka Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan khususnya kesalahan yang menjadi punca utama kemalangan maut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Mohd Zaki berkata daripada jumlah itu, sebanyak 11,365 saman dikeluarkan bagi kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. - gambar fail/Bernama

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

'Sekolah wheelie' digempur, 81 saman dikeluarkan
Dalam operasi itu sebanyak 105 buah motosikal diperiksa dan kesalahan utama membabitkan tidak memakai topi keledar.