BUTTERWORTH: Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat lokasi terbabit adalah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Bagan Ajam dan Plaza Tol Jambatan Kedua di Seberang Perai serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di bahagian pulau.
Menurut JPJ Pulau Pinang penguatkuasaan itu dijalankan Unit Operasi JPJ negeri bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri bermula 4 petang hingga 5 pagi bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
"Hasil operasi JPJ telah mengeluarkan 442 saman atas pelbagai kesalahan antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsurans dan mempamer nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mempamer pelekat P, tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu JPJ mengingatkan penunggang atau pemilik motosikal agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan atau tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Penunggang dan pembonceng motosikal juga diingatkan supaya menunggang dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
#AWANIRingkas 15 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Oktober 2024
1️⃣ Sistem pengaliran tersumbat dipercayai punca
2️⃣ Seramai 108 alami kecelaruan kognitif - Menteri
3️⃣ Perbicaraan mahkamah bermula April, Mei 2025
#awaniringkas
1️⃣ Sistem pengaliran tersumbat dipercayai punca
2️⃣ Seramai 108 alami kecelaruan kognitif - Menteri
3️⃣ Perbicaraan mahkamah bermula April, Mei 2025
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/10/2024] – Tanah runtuh Taman Melawati | Cuaca luar biasa | gisb masih amal kepercayaan al-arqam | Pemandu rempuh penuntut Uitm Didakwa
- KL, beberapa negeri dibadai hujan lebat, ribut petir, waspada banjir
- Tragedi UiTM Dungun, pemandu wanita berdepan tuduhan, cubaan membunuh
- Pengikut GISB percaya selamat di 'alam kubur'
- Era baharu Indonesia bawah gandingan Prabowo-Gibran bermula Ahad ini
- Tragedi UiTM Dungun, pemandu wanita berdepan tuduhan, cubaan membunuh
- Pengikut GISB percaya selamat di 'alam kubur'
- Era baharu Indonesia bawah gandingan Prabowo-Gibran bermula Ahad ini
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Malaysia alu-alukan kunjungan kapal Tentera Laut Jerman di Pelabuhan Klang
Kedua-dua kapal Tentera Laut Jerman itu adalah sebahagian daripada Indo-Pacific Deployment 2024 (IPD24).
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
"Saya sebagai menterinya belum puas hati" - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menyatakan rasa belum puas hati dengan pencapaian statistik penyakit tidak berjangkit, meskipun berlaku penurunan peratusan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Pergerakan tanah masih berlaku di Taman Melawati
Firdaus Azil membawakan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati susulan hujan berterusan di ibu negara.
Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.