awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Selamat : 30 bas ditahan di Pantai Timur

Bernama
Bernama
07/08/2013
08:27 MYT
Ops Selamat : 30 bas ditahan di Pantai Timur
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur menahan 30 buah bas untuk siasatan lanjut sepanjang operasi 'Ops Selamat', dari 1 hingga 5 Ogos lalu sempena Aidilfitri.
Pengurus Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur Mejar (B) Mohd Sharif Jamal Abidin berkata jumlah itu merupakan antara 519 bas yang diperiksa dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna bas di negara ini, terutama pada waktu puncak sepanjang Aidilfitri.
"Kesalahan gagal mematuhi jadual waktu perjalanan adalah merupakan kesalahan yang paling banyak iaitu 40 peratus. Selain itu, kegagalan mempamerkan dokumen seperti Lesen Pengendali, Jadual Tambang dan Jadual Perjalanan sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada pemberita dalam operasi SPAD di Terminal Bas Kuala Terengganu, malam tadi.
Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan jika didapati bersalah pihak terbabit boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya.
Operasi itu juga untuk memastikan tiada sindiket bermusim menjelang sambutan Aidilfitri ini dengan menjual tiket pada harga tidak munasabah.
Seramai 35 anggota SPAD telah digerakkan bagi memantau kelancaran pengangkutan awam di tiga negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Pahang, sepanjang operasi khas Aidilfitri mulai 1 Ogos hingga 18 Ogos depan.
Selain itu, katanya tahap keselamatan kenderaan dan pemandu juga akan dipantau bagi menentukan keselamatan penumpang terjamin di samping mengawal dan menentukan harga tambang adalah terkawal.
Topic Berkaitan
#Ops Selamat
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan