awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Selamat 7/2015: Kes kematian meningkat 39.6% berbanding 2014

Astro Publication
Astro Publication
13/08/2015
03:49 MYT
Ops Selamat 7/2015: Kes kematian meningkat 39.6% berbanding 2014
Mengikut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, Ops Selamat yang telah dijalankan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini telah mencatatkan 20,458 kemalangan di seluruh negara. Ini meningkat daripada 18,484 kes bagi ops yang sama tahun lepas.
Ops Selamat 7/2015 baru-baru ini telah diadakan selama 15 hari bermula 10 Julai dan merekod 10.7% lebih kejadian kemalangan secara keseluruhan, atau 1,974 kes.
Noor Rashid turut berkata, “Jumlah kemalangan maut adalah merisaukan; terdapat peningkatan sebanyak 39.6% bagi kes ini, daripada 244 kematian pada tahun lepas kepada 330 ketika Ops Selamat 7/2015 dijalankan.”
"Ini menunjukkan perlunya pendidikan bagi memupuk kesedaran orang ramai untuk memandu secara berhemah diperhebatkan dan kita juga harus mendampingi bakal pemilik lesen baharu supaya mereka ini mempunyai kesedaran dan lebih bersikap bertanggungjawab," tambah beliau.
Mengikut Bernama, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata sedemikian selepas majlis penganugerahan Pemandu Berhemah Op Selamat 7/2015 semalam.
Katanya penunggang motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling banyak terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan kadar kematian sebanyak 200 kes atau 60.6 peratus.
Pada majlis itu, seramai 15 pemandu berhemah telah dipilih untuk menerima Anugerah Pemandu Berhemah, masing-masing lima pemandu bas, pemandu teksi/kereta dan penunggang motosikal.
(Imej oleh: Jason Thien)
Topic Berkaitan
#
#Ops Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan