awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Sudan selesai, Wisma Putra terus pantau perkembangan - Zambry

Fareez Azman
Fareez Azman
28/04/2023
11:08 MYT
Ops Sudan selesai, Wisma Putra terus pantau perkembangan - Zambry
Zambry bercakap pada sidang media mengenai kepulangan rakyat Malaysia dari Sudan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Dengan ketibaan 30 rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada petang Jumaat, Ops Sudan yang dilancarkan sejak 15 April lalu dianggap selesai.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Wisma Putra bagaimanapun akan terus memantau rapi perkembangan konflik terbabit.
"Ops Sudan telah selesai, cuma kita (Wisma Putra) masih terus ikuti perkembangan ini, berdasarkan jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar, itu bilangan sekiranya ada lagi yang belum berdaftar, kita harapkan mereka akan hubungi kita.
"Seperti yang saya telah umum sebelum ini, selain daripada usaha mengeluarkan rakyat Malaysia 30 orang, kita juga turut membantu mengeluarkan rakyat negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat, Kemboja dan Sudan," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia dari Sudan di KLIA pada Jumaat.
Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.
Kesemua 30 rakyat Malaysia terbabit tiba dengan menaiki pesawat Saudi Arabia Airlines kira-kira jam 3.03 petang tadi.
Mengulas mengenai perjalanan rakyat Malaysia sepanjang misi evakuasi berlangsung, Zambry turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan membantu Wisma Putra.
"Kita sedia maklum seluruh negara mengikuti secara dekat apa yang berlaku di Sudan.
"Bagi pihak kerajaan, junjungan kasih diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan baginda mengikuti setiap detik dan perkembangan rakyat Malaysia di Sudan.
"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau yang turut ikut setiap perkembangan dan ambil langkah untuk memastikan misi ini berjaya," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan rakyat Malaysia menaiki bas dari Khartoum, Sudan ke pelabuhan Sudan mengambil masa 30 jam.
Jelas Zambry, pelbagai pendekatan diambil dalam misi evakuasi kali ini, termasuk menggunakan laluan lebih selamat.
"Keadaan yang berlaku di Sudan kali ni keadaan secara tiba-tiba, dan saya ingin sebut di sini, di Libya, kawasan peperangan di luar ibu kota.
"Di Sudan di dalam kawasan ibu kota itu sendiri, menyebabkan semua berada dalam keadaan terpinga-pinga, ini menyebabkan kita perlu ambil pendekatan yang terpantas untuk keluarkan rakyat kita," katanya.
Ujarnya lagi, pelbagai langkah diambil sebelum keputusan membawa keluar 30 rakyat Malaysia daripada Khartoum ke Pelabuhan Sudan dibuat.
Topic Berkaitan
#Ops Sudan
#rakyat Malaysia
#Zambry Abdul Kadir
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan