awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Tiris: 63 individu ditahan, lebih RM1.2 juta diesel dirampas

Bernama
Bernama
18/03/2023
15:20 MYT
Ops Tiris: 63 individu ditahan, lebih RM1.2 juta diesel dirampas
Ops Tiris dilancarkan selama enam bulan bermula 1 Mac sehingga 31 Ogos depan bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 63 individu dan merampas lebih RM1.2 juta diesel menerusi Ops TIRIS yang dijalankan sejak 1 Mac hingga semalam (17 Mac) di seluruh negara.
Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof berkata dalam tempoh itu, sebanyak 2,164 pemeriksaan dilakukan merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis.
Menerusi pemeriksaan tersebut sebanyak 55 kes dihasilkan melibatkan stesen minyak, rumah, pemborong, kuari, bengkel kenderaan dan lain-lain.
"Seramai 54 warga tempatan dan sembilan warga asing telah ditahan sepanjang Ops TIRIS ini dilancarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ops TIRIS dilancarkan selama enam bulan bermula 1 Mac sehingga 31 Ogos depan bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.
Sementara itu, Azman berkata KPDN menerusi Ops TIRIS, giat memperkasakan penguatkuasaan terhadap aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi pemeriksaan di hotel, ladang teh serta stesen minyak sekitar Cameron Highlands.
Pegawai penguat kuasa KPDN digerakkan bagi memastikan penguatkuasaan menyeluruh dibuat terhadap pihak yang mempunyai lesen yang sah di semua peringkat, kawasan dan lokaliti termasuk kawasan bandar serta di luar bandar.
Penguat kuasa terlibat turut menjalankan pemeriksaan dan naziran antaranya terhadap stesen minyak, pemborong diesel berlesen, pemegang permit berlesen dan persatuan nelayan selain mengeluarkan notis di bawah Sekyen 8 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bertujuan mendapatkan maklumat punca bekalan minyak diesel, harga belian dan sumber penjualan minyak.
"Tindakan ini dibuat untuk mengenal pasti sekiranya berlaku ketirisan minyak diesel bersubsidi kepada pihak atau sektor yang tidak layak," katanya.
Menerusi Ops TIRIS ini, beliau berkata KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil di pelbagai peringkat bagi memastikan isu penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi ini dapat dibendung secara menyeluruh.
"KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua berkenaan dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini," katanya.
Azman berkata tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah AKB 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#warga asing
#subsidi
#Ops Tiris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan