Ringkasan AI
- Mahkamah membenarkan permohonan 65 Orang Asli Jakun untuk mengetepikan perintah penjualan 57 unit kondominium di Lanai Gurney oleh RHB Trustees Berhad.
- Mahkamah memerintahkan penjualan unit kondominium tersebut dilakukan pada harga pasaran melalui tender terbuka atau lelongan awam, dikendalikan oleh perunding bebas.
- Orang Asli memohon perintah ini kerana RHB Trustees Berhad didakwa enggan, cuai, dan gagal memaklumkan kepada mereka mengenai penjualan tersebut, serta terdapat unsur ketidakadilan dalam proses penjualan.
Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan saman pemula dikemukakan Orang Asli itu selaku pemohon terhadap RHB Trustees Berhad yang merupakan pemegang amanah tabung itu sebagai responden pada prosiding semalam.
Mahkamah turut memerintahkan sebarang penjualan dan pindah milik kesemua 57 unit kondominium yang dipegang di bawah hak milik strata hendaklah dijual dengan harga nilai pasaran serta melalui tender terbuka atau lelongan awam.
Selain itu, mahkamah memerintahkan penjualan dan pindah milik kesemua 57 unit terbabit hendaklah dikendalikan perunding-perunding bebas termasuk peguam, penilai serta ejen harta pusaka selain tiada perintah berkenaan kos.
Peguam Rabia Abd Halim dibantu Siti Zabedah Kasim yang mewakili pemohon ketika dihubungi mengesahkan berkenaan keputusan itu.
Sebanyak 65 Orang Asli yang memfailkan saman pemula pada 16 Julai 2024, memohon perintah itu atas alasan RHB Trustees Berhad enggan, cuai dan gagal untuk memaklumkan kepada semua Orang Asli terbabit untuk menjual 57 unit kondomonium dan persetujuan tidak diperolehi daripada semua Orang Asli itu.
Pemohon-pemohon menyatakan perintah jualan bertarikh 20 Jun 2023 untuk penjualan 57 unit kondomonium tidak dibuat secara adil selain terdapat unsur ketidakadilan kepada pemohon.
Menurut pemohon, berdasarkan laporan penilaian hartanah terbabit harga pasaran agregat adalah RM17.1 juta, namun terdapat perjanjian antara pemegang amanah dan ejen hartanah bahawa harga penjualan dinaikkan kepada RM19 juta tetapi hanya RM12 juta diberikan kepada tabung amanah itu, manakala RM7 juta akan digunakan sebagai kos pengubahsuaian.
"Sebanyak RM7 juta baki duit diberikan ejen hartanah kononnya untuk mengubah suai hartanah itu, sebaliknya ia percubaan untuk melucutkan hak Orang Asli," kata pemohon-pemohon dalam alasan permohonan.
Pemohon berkata penjualan 57 unit kondominium itu seharusnya dijalankan secara jualan lelongan awam atau tender terbuka dan dikawal selia oleh mahkamah, bukannya ejen hartanah persendirian memandangkan kondominium terbabit kepunyaan Jakuns untuk manfaat Orang Asli.
-- BERNAMA
