KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, seramai 80,000 Orang Asli di negeri itu yang sebenarnya menjadi juara dalam usaha melindungi hutan dan biodiversiti tempatan.
Titah baginda, Oang Asli negeri itu terdiri daripada pelbagai suku yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
“Kita perlu faham, majoriti kawasan hutan di Pahang didiami Orang Asli. Disebabkan mereka tinggal di situ, mereka secara alami melindungi kawasan tersebut. Orang Asli kita adalah juara sebenar kawasan hutan kita.
“Apabila menyentuh mengenai representasi, kita perlu tingkatkan usaha menjaga mereka. Sebab itulah, saya ambil inisiatif untuk tambah kawasan dilindungi di Pahang untuk menyokong ekonomi hijau Orang Asli sebagai hasil alternatif.
“Saya menyokong usaha melantik Orang Asli sebagai renjer hutan untuk menjaga Harimau Malaya bersebelahan Taman Negara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Titah Tengku Hassanal, kebajikan Orang Asli ini perlu diberikan perhatian, bukan sahaja dari segi menyokong ekonomi hijau yang diusahakan malah mengekalkan tradisi mereka.
“Pemerhatian saya kepada Orang Asli ini, mereka perlukan lebih banyak sokongan, suara dan representasi.
“Saya turun padang dan lihat cara mereka hidup, sebahagiannya masih tradisional, sebahagian lagi sudah mengadaptasi kemodenan, manakala sebahagian yang lain lebih moden sehingga memiliki syarikat dan perniagaan.
“Tetapi saya tidak pasti siapa yang mengajar mereka menjalankan perniagaan dan menjalani kehidupan. Saya bimbang mengenai pengaruh negatif yang mungkin merosakkan tradisi Orang Asli,” titah baginda.
Irfan Faruqi
Wed Dec 06 2023

Titah Tengku Hassanal, kebajikan Orang Asli ini perlu diberikan perhatian, bukan sahaja dari segi menyokong ekonomi hijau yang diusahakan malah mengekalkan tradisi mereka. - Gambar fail/Bernama

Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menziarahi anggota FRU yang terbabit dalam kemalangan maut Selasa lepas.
AWANI Ringkas: Sidang Kemuncak ASEAN: 71 sekolah dibenar PdPR
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Badminton Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik melangkah ke final!
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final menyingkirkan pasangan tuan rumah sebentar tadi.

Peningkatan ketagihan dalam kalangan belia, gesa larangan vape di seluruh negara - Lee
Larangan terhadap penggunaan produk vape perlu segera dikenakan di seluruh negara bagi menangani peningkatan risiko kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan belia.

Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menamatkan pendudukan dan membayar pampasan.

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.