awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli Pos Brooke risau kehadiran gajah liar semakin kerap

Bernama
Bernama
17/05/2023
07:04 MYT
Orang Asli Pos Brooke risau kehadiran gajah liar semakin kerap
Jubir menunjukkan pagar yang rosak dilanggar gajah liar di kawasan Pejabat Pentadbiran dan Kuarters Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pos Brooke di sini. -Bernama
GUA MUSANG: Lebih 4,000 penduduk Orang Asli di Pos Brooke dibelenggu kebimbangan ekoran kehadiran gajah liar yang semakin kerap berkeliaran di perkampungan mereka sejak Januari lepas.
Penghulu Kampung Jekjok, Jubir Sekmo, 52, berkata terbaharu, beberapa ekor gajah memasuki kawasan pejabat pentadbiran dan kuarters Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di sini, Ahad lepas.
"Sebenarnya masalah ini berlarutan sejak dua tahun lepas tapi tidak sekerap sekarang apabila kami menemui kesan najis haiwan itu selain terpaksa menanggung kerugian akibat gangguan gajah liar.
"Tanaman seperti pisang, ubi dan jagung habis dimusnahkan. Sejak bulan ini gajah kerap masuk ke Kampung Brooke, Kampung Cekau dan Kampung Jekjok," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Brooke, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata berdasarkan aduan penduduk, terdapat empat ekor gajah dewasa ketika ini berkeliaran di sekitar perkampungan terlibat.
Katanya, beberapa penempatan turut diceroboh oleh mamalia itu yang dipercayai untuk mencari sumber makanan.
"Saya dimaklumkan, gajah ini bertukar-tukar dan difahamkan kemunculan gajah itu tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja tetapi membabitkan beberapa kampung.
"Oleh itu, saya nasihatkan agar penduduk lebih berhati-hati dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#Pos Brooke
#JAKOA
#gajah liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan