awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli Pos Tohoi ketakutan diancam pak belang

Bernama
Bernama
23/11/2023
12:15 MYT
Orang Asli Pos Tohoi ketakutan diancam pak belang
Masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi mendakwa seekor harimau belang berkeliaran di penempatan itu sejak 14 Nov lepas. - Gambar hiasan
GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi mendakwa seekor harimau belang berkeliaran di penempatan itu sejak 14 Nov lepas.
Penduduk suku Temiar itu turut mendakwa pada mulanya, haiwan buas itu berlegar di dalam kawasan kebun, namun mamalia itu kini dikesan berada berhampiran rumah penduduk pada Selasa lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi Ajeh Baharom, 50, berkata susulan kehadiran pak belang itu, penduduk kini bimbang untuk keluar menoreh dan berkebun.
"Kita percaya harimau itu masuk ke kawasan penempatan penduduk melalui sebelah asrama Sekolah Kebangsaan Tohoi, dua hari lepas haiwan itu muncul kembali dan berkeliaran di kawasan kampung, kami menjadi sangat takut dengan situasi ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang penduduk Jenny Adik, 35, berkata risau dengan keadaan itu, penduduk telah melaporkan kejadian berkenaan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Anggota Perhilitan sudah datang dua hari lepas. Mereka juga telah melihat kesan tapak kaki yang ditinggalkan harimau itu.
"Kita berharap tindakan selanjutnya akan dibuat dengan pantas kerana buat masa ini, kami tidak berani untuk keluar bekerja walaupun dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu Zarina Razlan berkata pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk Orang Asli berkaitan ancaman haiwan liar seperti gajah dan harimau di kawasan penempatan berkenaan.
Beliau berkata pihaknya berharap penduduk Orang Asli mengikut saranan pihak berwajib untuk tidak melakukan tindakan sendiri yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan ahli keluarga mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli Pos Tohoi
#Harimau belang
#suku temiar
#JPKKOA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan