awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera - PM

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/06/2023
12:42 MYT
Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth Sempena Ulang Tahun TUDM ke-65 hari ini. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli politik tidak perlu campur tangan dalam urusan perolehan aset ketenteraan negara.
Beliau berkata, segala urusan berkaitan perolehan kententeraan haruslah diuruskan sendiri oleh pihak ketenteraan dan pihaknya sudah memaklumkan serta mengeluarkan arahan kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) berhubung perkara itu.
"Saya kata arahan nak beli pesawat. nak beli kapal, tank, senapang biar ambil keputusan profesional dari bahagian masing-masing.
"Orang politik, jangan campur, ejen-ejen luar, jangan campur dan bila diputuskan, kita bincang dengan Kementerian Kewangan dan satu kos kita runding terus di antara kerajaan-kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan akan memastikan perumahan penjawat awam dibaiki pada tahun hadapan.
Beliau berkata, tahun ini fokus kerajaan adalah untuk membaik pulih klinik dan sekolah daif di seluruh negara terlebih dahulu.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada program Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth sempena Ulang Tahun TUDM ke-65 di Perkarangan Hangar ASF, Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu.
Hadir sama ialah Komander Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kecemerlangan akademik bagi SPM tahun 2022 berjumlah RM3,600 selain sumbangan bagi pesakit kronik berjumlah RM20,700.
Seramai 700 orang warga Pangkalan Udara Butterworth termasuk warga TLDM yang berkhidmat di Pangkalan Udara Butterworth hadir memeriahkan majlis terbabit.
Topic Berkaitan
#orang politik
#campur tangan
#perolehan aset tentera
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan