awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
Dua jaringan Faisal Halim pastikan Selangor FC selangkah ke pusingan kalah mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai beli juadah di Bandar Tasik Permaisuri, ini cerita sebenar yang berlaku

Fareez Azman
Fareez Azman
04/05/2020
11:09 MYT
Orang ramai beli juadah di Bandar Tasik Permaisuri, ini cerita sebenar yang berlaku
Peniaga sentiasa diingatkan untuk mematuhi arahan kerajaan dan KKM supaya dapat sama-sama menjaga kepentingan awam. - Astro AWANI
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan hanya bertujuan membuka sektor tertentu ekonomi negara, sebaliknya untuk menyaksikan bagaimana tanggungjawab setiap rakyat dalam bersama-sama memainkan peranan mencegah penularan COVID-19.
Semalam, tular di laman sosial ratusan orang ramai membanjiri pusat penjaja di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras sehinggakan menimbulkan pelbagai persepsi.
Pemerhatian Astro AWANI di medan selera itu kira-kira jam 4 petang hari ini, puluhan orang awam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi pada 2 Mei lalu, keadaannya lebih tidak terkawal apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan juadah tanpa penjarakan sosial.
Situasi sebegitu bukan hanya merunsingkan masyarakat, malah peniaga yang mengikuti setiap prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan. Menurut Ahli Jawatankuasa Penjaja Medan Selera Bandar Seri Permaisuri, Zolkhoari Abdul Aziz, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
"Kita persatuan sentiasa mengingatkan peniaga untuk mematuhi arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sama-sama menjaga kepentingan bersama menyeleaikan masalah.
"Kita boleh berniaga dan pembeli boleh datang tetapi kesihatan mesti terjaga serta terjamin. Harapan kita pelanggan luar sana sebelum datang pastikan kebersihan diri pakai topeng muka dan sanitasi tangan yang disediakan, kita jaga kita," kata Zolkhoari.
Tidak mahu perkara itu berulang, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak, Shahni Ismail, bantuan pihak berkuasa tempatan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta RELA akhirnya dapat mengawal keadaan.
"Masyarakat sekitar mesti ambil tahu dalam keadan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita mesti disiplinkan diri, pakai topeng muka dan kekalkan jarak. Peniaga juga begitu. Pengunjung dari kawasan sekitar mesti ambil tahu, dan jangan ambil mudah.
"Peniaga tidak boleh disalahkan. Mereka cuba jana ekonomi masing-masing, dan pengunjung kena ambil maklum," jelasnya ketika ditemui.
Difahamkan Jabatan Perlesenan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perniagaan dibawah medan selera dibenarkan beroperasi seja Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Demi memastikan perkara sama tidak berulang, beberapa langkah akan diambil dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Displin Malaysia
#juadah
#kesihatan
#KKM
#Kuala Lumpur
#laman sosial
#PDRM
#pelanggan
#pengguna
#peniaga
#penjarakan sosial
#PKPB
#puasa
#Ramadan
#SOP
#tanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan