awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dijemput sertai Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari bulan depan

Bernama
Bernama
27/10/2024
23:30 MYT
Orang ramai dijemput sertai Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari bulan depan
Mohd Na'im berkata program itu bukan sahaja sebuah perhimpunan ilmu, tetapi juga platform menyuburkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, selari dengan prinsip kerajaan MADANI. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput sama-sama menghadiri Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra, Putrajaya pada 10 hingga 21 Nov ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata program itu bakal menghimpunkan para ulama serta ilmuan tersohor dari dalam dan luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih Al-Bukhari.
"Saya menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyertai majlis ini, kerana inilah peluang untuk menyelami khazanah ilmu yang agung, meraih hikmah yang tidak ternilai, dan seterusnya menyumbang kepada pengukuhan syiar Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata program itu bukan sahaja sebuah perhimpunan ilmu, tetapi juga platform menyuburkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, selari dengan prinsip kerajaan MADANI yang menekankan perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan berteraskan nilai-nilai Islam.
Program itu juga adalah antara usaha kerajaan MADANI untuk menjunjung tinggi syiar agama Islam dan memperkukuh penghayatan ilmu dalam masyarakat, katanya.
Ia dianjurkan oleh agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Pertubuhan ISLAMI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari
#perhimpunan ilmu
#Mohd Na'im Mokhtar
#hadis sahih Al-Bukhari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan