KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan aplikasi MyBNM, yang telah ditamatkan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada November tahun lepas, digunakan sebagai alat untuk menipu orang ramai.
Aplikasi MyBNM, merupakan satu kemudahan dalam talian yang pernah disediakan pihak BNM bermula November tahun 2015.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob dalam kenyataan pada Isnin berkata, mangsa dalam kes-kes ini akan dihubungi oleh pihak yang akan menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguatkuasa, termasuklah pihak BNM.
Beliau berkata mangsa kemudiannya akan diminta untuk memuat turun aplikasi MyBNM yang palsu, dan melalui aplikasi itu, mangsa akan diminta untuk memasukkan maklumat seperti nama, nombor kad dan pin ATM, nama pengguna dan kata laluan.
"Setelah memperoleh maklumat itu, sindiket akan membuat pindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga (keldai akaun)," katanya dan menambah mangsa hanya sedar ditipu setelah menyedari wang di dalam akaun milik mereka berkurang.
Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2020, beliau berkata sejumlah 53 kes telah dilaporkan dengan kerugian berjumlah RM1.19 juta, manakala bagi tempoh Januari hingga April tahun 2021, jumlah kes yang dicatatkan telah meningkat kepada 57 kes, melibatkan kerugian RM1.7 juta.
"Bagi menangani peningkatan ini, tindakan pembanterasan dan pencegahan yang melibatkan usaha sama antara PDRM serta kesedaran masyarakat perlu dilaksanakan, dengan lebih efektif.
"Di peringkat PDRM, JSJK komited untuk melipat gandakan usaha, khususnya daripada aspek siasatan badan operasi," katanya.
Beliau berkata di pihak masyarakat, PDRM menyeru agar aspek pencegahan jenayah yang merangkumi ilmu pegetahuan, kewaspadaan dan sebagainya, sentiasa dititikberatkan.
"Jangan mudah percaya dengan panggilan yang dikatakan daripada pihak penguatkuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri, polis atau bank, yang diminta untuk memuat turun atau mendaftar dalam aplikasi MyBNM. Jangan klik mana-mana pautan, memuat turun apa-apa aplikasi mudah alih yang tertera nama MyBNM atau logo BNM," katanya.
Zainuddin meminta orang ramai agar membuat semakan pengesahan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun aplikasi 'semak mule CCID' sebelum membuat sebarang transaksi.
Selain itu, hubungi CCID Scam Response Center melalui talian 03-261-1559/03-26101599 jika mempunyai sebarang maklumat atau keraguan berkaitan jenayah komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Polis Diraja Malaysia mengesan aplikasi MyBNM, yang telah ditamatkan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia pada November tahun lepas. -Gambar hiasan
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Wang lesap lepas isi maklumat di aplikasi Bank Negara palsu
Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kehilangan wang simpanan berjumlah RM33,000 selepas mengisi maklumat perbankan di aplikasi mudah alih kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM).